Followers

Sunday, February 14, 2010

Hansel and Gretel


 Hansel and Gretel are the young children of a poor woodcutter. They have an evil stepmother who convinces  the father to abandon the children in the woods as there is not enough food to feed the whole family ......................................................Bace sendiri ah yep huhu..............................................................




  Kenapa tetibe sy post entry ni??? ntah la.. tetibe lak teringat sal citer fairytale ni.. citer ni my faveret mase kecik2 lu .. ho3.. ++ teringat plak mase kecik2 dulu , ak penah ajak adik2 ku, farid n ardi masuk hutan kt depan umah, kononnya nak mengembara. macam citer hansel n gretel tu la.. manalah taw kan, kut2 nya ada rumah sweets kt hutan tu.. boleh makan freeee.. hihi.. (++ ak mmg suka mengembara.. hutan kt depan umah tu da brape kali ak masuk.. ho3++ak jadi comitee KEMBARA sufi,, hukhuk) Kemudian, dalam pengembaraan kami itu, semua bende ktorg observe dan ak as cikgu sains time tu, explain ah kat adik2 ak tu sal pokok2 n serangga kt situ.. (ntah betul ntah tidak fakta yg ak bgtaw dorg, rse3nye merapu je kut,hehe).. Kemudian, ak ternampak satu bende yg agak pelik dan cumell.. ak pun suruh la adik aku, ardi utk lempar batu kt bende tu sbb mmg pelik, n x penah ak tgok mende tu... and at the last, BUZZZZZzzzzzzzz.... adik aku, ardi pun menjerit... ADOIiiii.. apa lagi kami pun lari lintang pukang................................. ha, rupa2nya mende yg pelik dan cumell itu ialah sarang TEBUAN... 
hahuuu~~
  Alhamdulillah, syukur ak x kene sengat... tp opsss, adik2 ku kene sengat .. Ak amat bersimpati terhadap nasib mereka.. Farid mendapat 4 sengatan, manakala ardi mendapat 15 sengatan... hahuuu.... ak diam tanpa bicara.. sebenarnya takut ummi marah.. ye, memang kene marah pown.. Habis habisan ak kene marah.. T_T..
sebagai denda, ak kene jaga adik2 ku kt HOSPITAL BESAR KT. fuhh, simple je denda.. hoho.. Kt hospital, Aku dan ardi tersengih2.. mendengar leteran ummi.. manakala si farid yg berlagak macho(skrang ni) merengek, menangis cam bdak kecik.. (memg kecik pun time tu.. huhu). Apa yg ak nak bgtaw kt sini, jadilah macam ardi.. kebal, walaupun kene 15 sengatan , die masih aktif, panjat katil2 kt hospital tu, sampai doktor2 kt situ pun pelik bin hairan tgok bdak ni , cam x da pape yg berlaku.. ho3.. hebat x adik ak.. hehe..

  Aku jugak penah kena kurung kat luar rumah sebab main sampai x ingat dunia, maghrib baru balik rumah.. padahal ak main kt depan rumah tu jek, tempat biasa ak main kt hutan tu je.. x g mana2 pun. Seperti biasa, farid n ardi ah kawan ak bermain.. Ak da stat da ngn idea giler ak, nak masuk hutan tu balik,tp farid ngn ardi x nak ikut dah sbb dah gelap.. burung hantu da keluar mencari rezeki.. ++ ak pun serraammm.. hehe.. akhirnya.. hati ibu mana yg x tersentuh melihat muka "poyo" kami adik beradik.. so, dapatlah masuk umah.. yea3.. 

  Seronok betol masa kecik2 dulu.. sekarang dah besar x leh dah la camtu, nanti org kampung mula la anyam ketupat ++ ak ni perempuan.. ho3.. Citer Hansel n Gretel tu banyak betul pengaruhi ak mase kecik2 dulu.. Ak pun x taw la kenapa.. adoii, dah la sekarang ni pun bilik ak menghadap hutan.. mujur ak x "---" je hutan kt depan bilik ak ni.. huhu.. tp best sbb pagi2, bukak tingkap je, udara segarrr. ye, memang segarrr.. ^^V
buat ak x mengantuk.. tp (dalam bilik je la, dlm kelas ehemm2..). 

p/s: Rindu kt adik2 kt umah~~, Agak2 nya dorg rindu ak x ek?? ho3.. 


Saturday, February 6, 2010

Palestina tercinta


PALESTINA TERCINTA..

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu



  Alhamdulillah, praise to Allah for giving us chance to still breathe in His world.. Semalam sy menghadiri satu talk tentang Palestine sebagaimana yg tertera di bawah..,





“Heart For Islam” Campaign 2010
~Explore the Divine Beauty~
PALESTINETALK
“Palestin, Tanggungjawab atau Simpati”
~Responsible or Charity~





Dewan Kuliah 1 (LH1)
Jumaat
9.30 pm
5 Februari 2010
Masuk Adalah Percuma

Pelancaran
Tabung Palestin
sepanjang kempen h4i 2010


dibawakan oleh:
h4i 2010
Aman Palestin
RAKAN MASJID UTP

 Alhamdullillah sangat2, sbb dapat g talk ni, bkan apanya, setiap kali UTP wat talk tntg Palestine ni, ade je kije  yg menarik sy dari pergi talk ni... terkilan gak sebenarnya, org muslim macam apa ak ni, x aware sal saudara2 ku di Palestine.. Semalam pun sebenarnya, sy ade kije gak, my cikgu silat suh g martial art night kt CH.. ++ dah janji aritu nk g, siap beli tiket ag (x taw plak ade talk pada masa yg sama).. but, mujur my cikgu silat memahami... n dapatlah pergi talk tu.. alhamdulillah..

  Semalam, penceramah berceramah berkisar tentang isu palestine.. Ada jugak info2 yg sy baru tahu semalam, padahal mende tu dah lama berlaku...contohnya isu tentang bagaimana israel laknatullah boleh memasuki Palestine.. (tu lah, silap diri sendir!! banyak sgt main2.. x aware sal isu2 saudara sendiri!!) Oleh itu, kawan2, jom sama2 perbaiki diri, muhasabah diri balik, ikhlaskan niat kita.. Di saat akhir ceramah tu, lagu Palestina tercinta dinyanyikan.. dan btol3 macam tersirap ke dalam ati..++ malu kat diri sendiri sbb apa usaha yg dah ak buat utk palestine tercinta!!?? sekadar menyanyi, x de maknanya.. Jadi, sahabat sahabiah sekalian, jom buat sesuatu utk Palestine!! Selamatkan saudara2 kita!! Antara cara2 yg boleh kita buat ialah :
1) Ambil berat tntang urusan Islam
2) Hulurkan Bantuan seperti bantuan kewangan ( Sempena kempen H4i n aman palestine, tabung2 aman Palestine akan diletakkan di kafe2 kt UTP ni, so, ape lagi, jom sumbang..
3)Boikot barangan Israel
4)Tingkatkan doa utk mereka..


gambar masa foundation 1st, masa ni masih lagi MAS..

 Syok giler kut, dapat buat demonstrasi besar2an boikot Yahudi.. masa ni terasa betol2 semangat , kalu boleh nk kuar UTP , nak g palestine berjihad kat sana.. punyalah semangat!! huhu.. satu lagi, antara kata2 yg ak ingat pada malam tu ialah :

 " Aku takkan takut dengan umat Islam, selagi mereka tidak solat subuh berjemaah sepertimana mereka mengerjakan solat jumaat.. "  -Ariel Sharon,Jeneral Yahudi-

 So, think about it. Adakah kita dah cukup bagus, berdiri di barisan hadapan masa demo,laungkan BOIKOT ISRAEL!!! ...........tp, solat subuh pun subuh gajah afrika.. huhu..
Sama2lah kita muhasabah diri balik, ikhlaskan niat..  

PALESTINE WILL BE FREE.. 
insyaAllah..ameen~

Wednesday, February 3, 2010

I'm Free ^_^




What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I'm so oppressed
But I don't need for you to liberate me

My head is not bare
And you can't see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You're sure I'm in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

So don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don't judge me
Open your eyes and see...
Why can't you just accept me?? she says
Why can't I just be me?? she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can't you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I've learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they'd understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I'm the one who's free

Free-Sami Yusuf

Penah dengar x lagu ni?? Sesapa yg mmg peminat Sami Yusuf, insyaAllah penah la dengar.. hoho.. Mase mula2 dengar, saya just mendengar je n x paham pape.. (sbb bhase omputih ni ak agak lambat sket utk paham).. n bila dah lama dengar+ tgok lirik die (he3)barulah paham.. best!! sgt best!! Cbe korg hayati lirik lagu tu.. Lagu ni mengingatkan sy pada kisah seseorang yg amat sy kenal, Khalilah Hanisah..

  Kisah ini bermula sewaktu nisa berusia 15 tahun.. di sebuah majlis perkahwinan kakak saudaranya.. Pada suatu petang, nisa seperti gadis lain yg suka menolong.( Maklumlah,majlis perkahwinan kak sedara.. kenelah tolong, kalu x mulalah org kampung menganyam ketupat.. haha). Ok, utk memendekkan cerita, sewaktu Nisa membuat bunga telur tu, pengantin perempuan ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Kak N, bertanya kpada Nisa.. 
Kak N  : Nisa, kenapa nisa pakai tudung dalam rumah?? Bkannya ade sesiapa pun, keluarga kita jgak..
Nisa    : (Nisa dgn muka yg agak blurr ) A'a?? Ooo.. Nisa mmg suka pakai tudung.. 
Kak N  : Ya Allah, nisa x panas ke?? Sepanjang hari pakai tudung, pakai baju lengan panjang.. ala, dgn abg A pun nk malu ke?? Anggap je abg A tu mcm abg nisa.. 
Nisa    : (Dalam hati nisa berkata : Haish, geramnya kakak nii!! dah nk kawen, tp bab2 aurat pun x taw ke??!!. amboi senang nye, nk maen anggap2 lak, ak mmg anggap abg A macam abg kandung ak, tp tu x bermakna ak boleh tunjuk segala2nya!!) argh,, ermm,, ntah la, nisa rase selesa lak pakai tudung.. xpanas pun kak.. sejuk je..
Kak N  : Atau, nisa takut, abah marah kalu nisa bkak tudung?? x pe, kak N x bgtaw abah pun.. Bukak jelah, rimas pulak Kak N tgok nisa pakai tudung..
Nisa    : Eh, x lah. buat ape nk takut dgn abah.. huhu..Nisa ok je,, x panas pun.. huhu..
Kak N  :ehhm, ikut suka nisa lah.. bla..bla..bla..

 Nisa sebenarnya tak tahu nak bagi jawapan ape, mase kak N cakap camtu.. seluruh rumah tu anggap nisa pelik, padahal dorg tu yg pelik.. Tapi nisa tetap x nak bkak tudung, sbb nisa rasa nisa mesti pakai tudung.. Kata2 abah sentiasa nisa ingat, "Nisa seorang perempuan dan seorang perempuan mesti tutup aurat, walau macam mana sekalipun, tapi ingat, tutp aurat bukan sebab abah, tetapi buatlah kerana Allah."

 Begitulah kisah Khalilah Hanisah.. Mungkin org sekeliling menganggap nisa ni pelik, memakai tudung dalam rumah (pabila bersama ajnabi), tapi kenapa rasa pelik?? Memang perkara ini sudah termaktub dalam alQuran,  tutp aurat adalah wajib.. kenapa mesti dipersoalkan lagi.. 

 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31)

  Ada jugak perempuan2 yg pakai tudung sebab mak ayah yg suruh, tapi setelah berjauhan dengan mak ayah mereka, contoh yg paling senang, bila da masuk IPT.. Ramai giler perempuan2 yg pakai tudung masa sekolah dulu, tapi da FREE.. (free jgak, tpi bkan cam lagu tu, tp FREE HAIR n free etc ah).. Hmm, siapa yg harus dipersalahkan ek?? Korang nak salahkan mak ayah? or diri sendiri? or orang sekeliling, sbb kononnya org sekeliling mendesak korang utk x tutup aurat?? Kita sepatutnya bersyukur, kerna kita x perlu bersusah payah utk mendapatkan hak bertudung.Kita bebas utk melindungi aurat kita,tp bagaimana pula dengan saudara2 kita, muslimah yg berjuang habis habisan hanya utk menututp aurat mereka, sebagaimana kisah Marwa el shirbani. pikir pikirkan la yea..

  I'm FREE.. yeah, i'm FREE!! What about you?? Sahabat2 perempuanku, korang x rasa BEBAS ke? BEBAS daripada fitnah, BEBAS daripada menjadi penyebab kepada fitnah, BEBAS dari gangguan golongan berhati jahat, BEBAS daripada penyakit, BEBAS daripada maksiat, BEBAS daripada menyusahkan orang lain (mendapat dosa kerana kita) dan yg paling penting ialah BEBAS daripada azab dan murka ALLAH... Hidayah adalah petunjuk dari Allah, ia adalah milikNYA.. Hidayah x kan muncul berdebukk dari langit camtu je.. Ia perlu dicari.. dan insyaAllah,semoga hati kita tidak terkunci daripada menerima kebenaran.. ameen ^_^)v
wallahualam~



p/s : pic budak kt atas tu ialah adik sy(sepupu) ye, bkannya pic from pakcik google.. namanya Ibnah Lathifah Auliyaa bt Fadhlullah Marzuki.. hoho.. comel giler budak ni..sweet ^_^ from indonesia.. ari ni sy hepi sgt, sbb dapat kenal dgn om Fadhel, pakcik sy la.. Baru nk kenal2 ngn keluarga di negara seberang.. huhu.. Skang sy tgh menunggu om fadhel n tante ashirah mengupload pictures2 family disana ++ abah pun x taw la bila nk balik malaysia nih.. Abah, cepatlah balik!! :)

Sunday, January 31, 2010

Warkah buat Nur Nabila Hida bt Salleh....



Hida, (erghh, x taw nk mula dengan ape.. huhu)^_^)v
Pape pun, ak amat terharu bila membaca blog mu komen tentang ak,Sera,Tyah,n Zulai
\(^_^~^_^)/
Ak dah mmg x taw nk cakap pe.. huhu..
Se cool2 ak, bila da hadapi situasi camni, trus ******
hoho..

Hida, masa g klas bebaru ni kan, ak tetibe teringat sal SS501, n then dgn spontan nye
terkeluar dari mulut ak, " Hida, mu ingat dok lagu ......"
huhu.. pastu tetibe teringat yg mu dah x de dah kat sebelah ak.. sob..sob..
walaupapapun, ak hormat keputusan mu utk keluar UTP..
Ak taw kitorg x leh gak halang mu, sbb ni masa depan mu..
dun worry, ak x kan nangis n ak x kan sedih sbb....
ak kan cool ^_^)v


Namun begitu, ak masih x abis pikir..
Kalu dulu, bkankah mek sera tu yg terhegeh2 nak kuar UTP??....
Last2 mu pulak yg kuar....
Kau pergi... pergi..
Sepi tanpa kata.. 
lallallalala....( smbung sendiri ah..lupa lirik la.. hoho )


Kenangan ak dgn mu... ermm, banyak lah jgak.. hehe..
main bunga api,,main mercun, main layang2,, main masak2(cpat ah dtg UTP, ak x sabar dah nk masak utk mu ni..)
 main jangok2.. main-main..
(asal semuanya sal main2?? ntah la.. x matured sgt ke kite nih?? hoho..
Disini, ak nak mintak maap la, atas segala silap salah
ak kat mu.. terlebih gurauan ke.. terlebih makan kt bilik mu.. hehe.. mohon agar dihalalkan
segalanya ek..
 Hida, mu seorang yg ayu, penyayang, rajin, suka senyum n juga seorg yg degil!! haha..
 Selain itu, mek nab ini juga adalh johan tilawah alQuran (muslimat) masa RD 09, gempak x geng ak.. hehe.. Yg paling ak x leh lupa ialah masa preparation utk present projek IBIS n ECON,
X penah2 ak jupe org cam mu, sebelom presentation, mu mesti akan
tulis tesk word by word, n then hafal tntg apa yg akan mu cakap masa present,. fuhh..
Ak sarankan mu amek CnP department ah, kalu mu join mane2 event nanti..
hoho.. 


Banyak dah ak mngarut kt atas tu.. k la, wish u all the best for ur life n hereafter..
blaja molek2.. ingat mok ayoh.. Put ur trust n fortify ur faith towards HIM..
When the time is hard n there is no way to turn, as HE promises HE will always be there,
watching us, guiding us n HE knows what's in all in our heart,
So, when you my friend, lose your way, 
to ALLAH you should turn, not me,not sera,tyah n zulai as we're no longer with you,
but as HE promises, HE always be there..
be strong, teruskan berjuang!! 
jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi... ^_~)v

p/s: Hida, untuk pengetahuan am mu, Cikuring dah ade makwe baru!! makwe die org afrika... haha.. tadi ptg ak, tyah, n sera g melawat die, cikuring sekarang dah rajin, x mcm dulu, suka tidoooo je keje die.. skang die da ada kesedaran akn keperluan utk mencari nafkah, nk sara bakal bini n anak2 die.. hoho..
CiKuRinG== 0(>.<)0


Monday, January 25, 2010

~1st Year 1st Sem`~





SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAHHHH........ \[^.-]/


    Alhamdulillah, thanks to Allah for giving such a precious chance to me to continue breathing in His world till today.. ^_^
    Hari ni hari first sy dgn rasminya dah jadi pelajar UG 1st year 1st sem.. Perasaan?? x taw lah.. best sbb dah jadi besar..x best sbb serabut tgok senior2 ramai sgt!!..ngeh~ 


    Baru nk set azam utk sem ni... My top 6 azam >>>:
                         
                        1:: Nak jadi budak baik.. :)


                        2:: Nak pupuk balik sikap rajin membaca.. 
( dulu kecik2 sgt suka membaca, tp bila dah besar cam malas plak.. waduhh ~_~)"


                        3:: Nak rekod segala perbelanjaan wang.. 
( mende ni mmg lecehhhhh btol doh, tp umi dah bising bila taw duit kat bank cam nazak dah.. so, ats nasihat sisters n brothers mse KLSPM, try ah wat.. huhu..)


                        4:: Nak fokus dalam kelas.. 
( best stud dah ajak ak duk sebelah die kt depan skali time klas.. hehe.. lpas nih konfem ak x kan tido dlm klas ag.. ade sesape nk cabar ak?? hehe)


                        5:: Nak spend masa utk study... 
( sepanjang setahun ak jadi bdak U, x penah2 ak spend mase utk study,, study just ble nk exam.. tu yg result cukup2 mkn tu.. ermm, x cukup makan x pe, asal cukup utk claim duit laptob, kalu x mengamuk ah umi kt umah tu..hehe )


                        6:: Mahu tido awal dan bangun awal..
( Ni mmg dah jadik tabiat mase kt skolah dulu.. x de sesape berani kacau ak time tido, tp bila da msuk U semuanya jadi vice versa.. hehe.. set balik!! n bngun awal, petua utk awet muda, housemate kabo.. )


   Errmm, tu die top 6 azam sy.. Nk tulis byk2... kang x jadik satu habuk nanti.. hehe.. Doakan agr sy dapat memBUAT azam2 tersebut ye... insyaAllah,ameen.


::Maat tawfiq wannajah fi new semester..^_~)::




p/s: housemate sy rajin2.. semuanya berebut nak masak.. arap2 semangat mereka itu berkekalan sampai sy grad kekgi.. ameen..ngeh~




Thursday, January 21, 2010

Abah sy ensem..




Ini abah saya..




Saya sangat sayang abah saya..
~Saifullah b Mohd Amin~




Saya sayang umi n abah saya..

   Tetibe lak rse rindu kt abah.., Abah seorg yg pendiam, tapi bila da stat buka mulut, x taw bila nak diam... he3..  Gambar abah pun sikit je, sbb abah x suka amek gambar.. walaupun dah banyak kali sy amek gambar abah curi2 gune handset abah ah (handset abah ade kamera, sy nye x dek ,argh..*_*) tp lepah tu abah akan delete semula, dan abah akan cakap 
"Ni sapa punya kerja amek gambar abah  x ensem ni??!!" Sy pun dgn slumber jawab, "makwe abah kut. :)".. Kemudian abah pun akan buat2 muka marahhhhh........ ^_^.. he3.. 


  Hari ni bukan fathers day n bukan bufday abah... (cakap sal birthday, abah memang x suka smbut birthday, ntah la, tp sy sambut je time bufday abah, abah x marah tp lepas tu bersedialah utk mndengar ceramah dari abah............ he3..) Bagi sy, setiap hari adalah Hari Abah................


  Dari kecik sampai besar sy memang rapat dengan abah...  sy suka dengar abah bercerita.. (walaupun kekadang tu, sy wat muka mengantuk pun, abah buat2 x paham.. argh!!) 
tp kenape ek, sejak akhir2 ni, agk renggang......hmmm.... sedih....oleh itu, dila nk mintak maaf atas segala silap salah dila kat abah.. 
~Dila sayang Abah~ ...................................................................................................................................................................




p/s: Umi kata, abah adalah abah yg paling baek sedunia!! (sokong umi..:)




Wednesday, January 13, 2010

::Solat at the Last minute..::

   
    Post kali ini sy "copy n paste" je from "my diary tahun 2007"... dulu masa kecik2 suka tulis diary sbb pernah dengar (ingat2 lupa, huhu) dr.Fadzilah Kamsah kata, "org yg menulis catatan(diary), adalah org yg berpotensi utk bahagia (tidak mengalami sakit jiwa lah), sbb dalam diary ah kita boleh meluahkan segala2 nya (manis+pahit+masam+masin)/ pengalaman idup.. n satu ag, daripada diary ah kita boleh practise to enrich our english... maknanya, "ko tulis ah diary ko tu dlm bahasa omputih, biar byk salah grammar pun, org x taw.. hantam je.." so, masa sy membelek2 diary ni (mengimbas kenangan lalu.. he3) terjumpa catatan ni.. n rase cam agk menarik so, here it now.. ( seingat sy lah, mende ni pun amek kt sebuah buku, tp ntah x ingat dah buku mende.. huhu..x kisah ah pape pun..)


sekadar gambar hiasan, tiada kaitan antara yg idup n yg mati..

     Rupa2nya ada cerita kalau kita lewatkan solat. Jika berpuasa, amalan kita terus kepada Allah. Tapi jika kita bersolat, ada posmen pula yg antar amalan kita kepadaNya.Setiap kali kita solat, ada malaikat yg antarkan amalan solat kita kepadaNya.. ia kena melalui 'tol-tol' di setiap lapisan langit. Malaikat yg menjaga setiap lapisan 'tol' ni. Jika solat pada awal waktu, tidak perlu bayar 'tol'. Maknanya tidak ada sekatan.. tidak ada jam.. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Allah swt utk dinilaikan.
     Jika solat pada akhir waktu, tak perlu bayar 'tol' jugak, tapi sekatannya, masya-Allah!!
     Di langit pertama, penjaga 'tol' marahkan kita.. Disoalnya, mengapa lewat poskan amalan kita?? Merayu-rayu posmen malaikat kita mintak di beri laluan, tapi penjaga langit pertama tak hiraukan, sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai!!! booMMM....
     Maka tidak sampailah amalan kita kpd Allah, seolah-olah kita tidak solat jugak.. (bak kata ckg Hasrol, "lu pikiq la sendiri..") Jadi bersedialah kita menerima pembalasanNya.. jika tidak di akhirat, di dunia... hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa. Jadik, x de maknanya solat lewat kerana amalannya tidak sampai.. tidak ade nilai, sebaliknya kena azab lagi.. 

     Jadi main pointnye >> Jangan LENGAHKAN waktu solat<< ..
selalu kita terlepas pandang tentang hal ni,, sy pun skali ah tu.. tp kite cbe memperbaiki diri dari masa ke semasa/semasa ke semasa.. (grammar+tatabahasa sy, dua2 x leh pki..haish.. pape je la..) orite!! 

p/s >>  mood :: sedih   
penyebab :: melihat kengkawan skolah lama ku dah rmi yg free hair.. T_T"
tindakan :: nanti sy kupas isu ni plak, k..