Followers

Thursday, January 31, 2013

lagu cinta

Salam,

malam ini lagu cinta berkumandang..
mood fyp entah ke mana..
huuu..

1) Tenda Biru by Desy Ratnasari - lagu cinta nenek aku



kisahnya putus cinta dgn kekasih pertama yg tiba2 kahwin dengan perempuan lain.. mungkin dah tertulis jodoh nenek aku dengan atuk aku..lalu lahirlah ummi aku.. 
uhukk,nenek aku pun ada lagu cinta~

2) Jangan Pisahkan by Deddy Dores & Mayang Sari - lagu cinta abah dan ummi aku..



alohh, sweetnya ummi abah aku.. hoho.. kisahnya dulu2 mahu dipisahkan lepas kahwin.. mujur ummi aku setia hingga hujung nyawa dgn abah aku.. hasilnya aku adik beradik 7 orang.. hee

lagu aku?

Monday, January 21, 2013

jolly- Kota Kinabalu, Sabah

Salam,


Pemandangan di atas awan..Subhanallah,memang cantik ciptaan Allah.. terkagum.

Ini pengembaraan pertama kami, geng jolly..(err, stakat ni, tu lah namanya, sampai kami jumpa nama baru yg lebih sesuai.. hee) Yusairah, Fathiah, Farhana Bujairimi, Anis Farhana dan aku. Kami dah bertekad inshaAllah, nak travel satu dunia bersama walaupun dah kawen dan ada anak2 nanti.. our future husband, tolong paham ya sbb kami dah bertekad.hee.

Jadi untuk permulaanya, kami cuti2 malaysia dulu.. Kota Kinabalu, Sabah. Sabah, kota kelahiran ku.. of kos aku eksaited! Kebetulan, ak ada adik kat UMS dan paklong yg tinggal kat MRSM KK. Singgah bermalam satu mlm kat UMS untuk melepas kerinduanku terhadap adik terchenta~ haha. dan malam malam selebihnya kami tinggal di Tune Hotel Air Asia, sebelah 1 Borneo mall dan lebih kurang 5 minit je dari UMS. 

9 Jan- Perdana Park


Apa yang menarik kat sini, ada 'musical dancing fountain' bermula jam 7pm-9.30pm dan masuk adalah percuma. Just enjoy the show.. :)


10 jan- Kinabalu Park, Rumah Terbalik

Gunung Kinabalu! 






Kinabalu park ni macam check point pertama jak sebelum kita pergi ke tempat2 seterusnya. Maksudnya, x da apa sangat pun kat dalam just the beauty of nature ja. nak berphotoshoot boleh la.. Entrance ticket RM 3/person. Tiket dia jgn di buang sbb boleh guna utk entrance tempat lain pada hari yang sama. 




Rumah terbalik ni rumah dia terbalik la..Upside Down House di tamparuli. semua di dalam tu terbalik..Tp dalam rumah dilarang ambil gambar..hoho. entrance ticket RM10/person, mykad holders. 


11 jan- Kundasang (Desa Cattle farm), Poring Hot Spring (Hotspring, Canopy Walkway)



aku dan lembuuuu 

Sejuk+aku kena flu pulak hari tu.. haishh





Sampai jgk d kundasang.. best tempat ni.. sejuk.. rasa nk tinggal kat sini.. :) ok, nak masuk desa cattle farm, bayar rm3/person for student price.



This one is wajib makan kat sini! sedap amat. ayam bakar kat restoran al-hidayah..restoran ni sebelah stesen minyak shell kundasang. ^^




Poring hot spring. Ticket entrance rm3/person. Boleh guna ticket kinabalu parks kalau pergi pada hari yang sama. Ia agak open..so pandai2 lah nak mandi tu.. for muslim, aurat sila jaga ya. 




Best! memang dah lama aku nak sgt naik titian gantung ni..alhamdulillah, dapat jgk. :). Bayaran masuk rm3/person. 


Time to go back to KK.. and we already traveled for about 123km. Dinasihatkan pulang awal at least jam 4 dah start turun sbb kabus agak tebal di kawasan pergunungan. seriously, kabus tebal+hujan pada waktu petang+ dingin angin bayu..


12 jan- Island hopping (Manukan and Sapi island), Pasar Philiphine


Kalau nak jimat, boleh naik bas dari 1B ke terminal wawasan, rm1 dan dari terminal wawasan ke jesselton port hanya rm0.50. hehe





Island hopping time! kami pilih 2 pulau je. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Total cost untuk 2 pulau+snorkeling lebih kurang rm48/person, student price. Air jernih giler dan best untuk snorkeling. Ikan banyak giler dan berwarna warni tapi sayang coral banyak dah mati.. maybe kalau pergi tengah sikit boleh nampak coral cantik2.. tp kami x pandai berenang, so berenang setakat yg mampu je.. huhu.

Malam, jalan2+makan kat pasar philiphine..sebelah pasar philiphine ada pasar malam. kalau nak beli mutiara2, gelang etc boleh beli kat pasar malam sbb harga dia lagi murah dari pasar philiphine dan pandai2 lah korang tawar menawar. 


13 jan- Monsopiad Cultural Village


menyumpit..berat ouhh


In Murut and Kadazan Dusun (Papar) costume


Ticket entrance RM 30/person, student price.. Kalu nak pakai costume tambah lagi rm 15. Here, it highlight more on kadazan and murut tradition and culture. Best!

Overall spending sepanjang 5 hari 4 malam di KK termasuk tiket flight dan hotel, lebih kurang rm 500. Berbaloi lah jgk sbb dpt pergi banyak tempat. 

14 jan- bah, mau pulang sudah..huhu.. goodbye kk! till we meet again.. :) 

Monday, December 24, 2012

Final year 2nd

Salam,



 Final year 2nd-done! alhamdulillah ;)


p/s: Sepanjang 4 tahun kat utp, baru pertama kali amek gambar dengan lecturer-lecturer~~

Friday, December 14, 2012

Street3 -publika

Salam,

This is my story to Youth Social Business Summit 2012, organized by Youth Trust Foundation, MyHarapan. Last time ak pg Youth Nation Summit and ak rasa last time ak rasa aku bagus kot.. x melencong ke tempat lain.. haha..sape suh wat kat publika..mmg melencong abis lah.. 



Book sales!! at KLCentral..from RM5 to RM15..dan 'EagleStrike' menjadi pilihan ku ^^

Pertemuan yg tidak dirancang dan pertemuan yg Allah tentukan jgk lah yg sweetttt x terkata! ^^. Mereka lah teman, kawan, musuh dn sahabat ak sejak skolah menengah.. Bukan senang nak jumpa sekali gus dorang ni.. semua busy dgn hal masing2 dan alhamdulillah, akhernya setelah 4 tahun kami dipertemukan di UIA.. ;)

The event

The unplanned event.. hehe.. kebetulan kat publika jgk ada program Supercar Charity Ride and automatik jgk ak jadi minat pasal kereta super2 nih..haha.. tereksaited kot. 

Wondermilk cupcakes.. So heaven dapat mkn cupcakes ni sbb rasa dia sedappp sgt! Ak jenis x suka makanan manis2, tp wondermilk cupcakes ni seriously x kan mengecewakan. perhaps, u should try. ^^

Satu lagi tempat yg best kat publika ialah Kafe Mee Jawa. Mee Jawa dia sedappp sgt2 dan banyak. RM 8 tp berbaloilah. Ak sarankan bagi org yg x makan banyak, sila order 1 je then kongsi ngn kawan sbb satu pinggan tu banyak sgt dan cukup untuk 2 org makan. hee


So, the event ends here. Me and the rumet..and we share the same passion! =)

Thursday, November 15, 2012

Ikan kembung masak 3 rasa

Salam,

Credit to sunkist sebab share resipi ini dan aku ubah ikut kemampuan diri sbg seorang student yg kekurangan bajet. hehe..so, jadilah lauk makan malam kami, ikan kembung masak tiga rasa..~




Bahan:

Ikan kembung 4 ekor 
2 biji bawang putih 
3 biji bawang merah 
sedikit halia 
Nenas 
Tomato
Timun
Lobak merah
Cili giling
cili padi
Sos cili
Sos tiram
Sos ikan
Serbuk kunyit
garam,gula,minyak masak

Cara masak:

1) Siang ikan, bersihkan, dan lumurkan dgn garam dan serbuk kunyit, lalu goreng sampai garing..
2) Kemudian untuk kuah 3 rasa, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yg dicincang sampai naik bau
3) Masukkan cili giling dan goreng seketika..kemudian masukkan nenas
4) Masukkan lobak merah, halia, tomato cincang, sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan garam. Masak sampai pekat kuah.
5) Setelah siap masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hias dengan timun.

Hasilnya, sedap jgk.. mudah dan sedap..try lah.. hee ;)

Tuesday, November 13, 2012

bunga kameron-ku

Salam,


Hari ke 10,
Dulu yang mekar kini telah layu,
Selamat tinggal bunga kameron ku..

aktvt ku

Salam,

Menjaga siHijau dan Izzah dgn penuh kaseh sayam


Menjaga pokok dan memasak.. apa lagi yang boleh dibuat?? kebosanan yg amat bagi kami berdua..aku dan farhana bujai.. mengapa tidak kami pulang sahaja ke kampung halaman? cuti seminggu kot.. hnsnhns