Followers

Sunday, August 21, 2011

20 Ramadhan: Suak Padi

Salam




    Berbuka puasa di kampung orang asli, suak padi.. alhamdulillah.. dah lama  jgk tak ke sana.. sejak kbs 2009.. sudah 2 tahun berlalu. Dalam tempoh 2 tahun ini, ada juga waktu2 yang aku kesana utk solat maghrib bersama2 mereka.. adik2 yg kecil dahulu pun sudah menjadi besar.. dan makcik2 yang dahulu tetap sama masakannya.. lazat persis kasih seorang ummi. 


    AlFatihah buat almarhum ustaz Hassan yang telah meninggalkan dunia sebulan yang lepas.. tersentap mendengar berita kematian beliau.. Sebelum ini, ustaz merupakan orang tengah antara kami dan penduduk suak padi.. Kata-kata beliau yang saya ingat, 'bantu orang kampung ini, mereka tak tahu islam..'
semoga ustaz bahagia di dunia sana.


    Di kampung ini, sudah ramai yg memeluk islam.. tak silap ak sudah ada 60++ sekarang berbanding 2 tahun lepas.. tetapi ada jugak mengatakan ramai yang mahu keluar islam... kerna tiada bimbingan. 


    Buat aku terfikir, inikah yang kita mahu?

No comments: