Followers

Tuesday, November 22, 2011

montage vs bola

Salam,


 Aiiiyyyy, sedih la ambe giniiii.T.T arghhhh.. 


 Hari ini merupakan hari CUF HSE DAY 2011. Baru sebentar tadi aku menghadiri majlis perasmiannya. Aku bukan ajk majlis. Hanya sekadar menggantikan tanggungjawab bai yang sepatutnya membuat montaj tetapi hilang entah kemana. jadinya, aku menjadi bidang terjun (OT x bergaji meskipun gaji asal x masuk2 lagi dan kini ku tidak berwang lagi). Ok, kita reversed masa menjadi seminggu yang lalu..


 Di suatu minggu yang lalu, aku telah diminta tolong oleh HSE department untuk membuat montaj. Oleh kerana, bos aku bersetuju menyerahkan aku sebentar ke HSE department, aku menurut lah arahan tersebut. dan juga oleh kerana, seminggu yang lepas aku terlibat dengan shooting video untuk expert interview dan mini K-day, malam2 ku habiskan dengan study after effect dan vegas (software untuk buat montage). wuhuhu, baru ku tahu, untuk membuat montage selama 5 minit sahaja itu mengambil masa #$%^&*. Hujung minggu baru aku start buat sekadar yang termampu bersama laptop yang berpenyakit ini. 


 Semalam, versi pertama montage siap. Lepas present depan manager HSE, beliau memutuskan untuk menambah tolakkan montage 3 minit menjadi 5 minit. Keputusan dibuat 5 minit sebelum waktu biasa aku balik kerja. amat bagos manager! pantas anda membuat keputusan. Jadi kesimpulannya, aku buat OT x bergaji. edit montage kat ofis sorang2 malam2. seram jugak ofis nih.. aku asyik dengar bunyi orang menaip, even aku sorang je kat situ.. huuuu..berfikir positif.


 Tapi sekali sekala manager datang jenguk aku dan sempatlah berbual masalah dunia sebentar.. sebentar je x lama, sebab semalam ada match bola sepak sukan asia malaysia vs indonesia. aku kegelisahan. antara bolasepak dan montage. walaubagaimanapun, harus fokus. hingga jam 11.30pm.


 Hari ini jam 9.00am..
Apa yang patut aku rasa apabila ajk mereka salah display montage versi pertama? aku cakap kat manager aku sedih. dia cakap balik kat aku, dia lagi sedih.. aku tak taw nak cakap apa dah. 


 Pengajarannya, kalu sekali dah ditugaskan buat sesuatu tugasan, kena pegang tugasan itu dari awal sampai ke akhir. kalu aku yang buat montage, aku jgk kena jaga ia sampai ia abis display. tapi aku bukan ajk.

p/s: mujur malaysia menang. tahniah harimau malaya.. 

2 comments:

Anonymous said...

sie molek ko mu..sio2 molek kjo mu

deyla fadhilah said...

@anonymous

adalah terkesan jugop di hati. tapi x pelah, inilah kehidupan.. hak3