Followers

Thursday, December 15, 2011

kerja dengan novel

Salam,


kerja hari ni: baca novel


2 buah novel kena baca
1) Andai itu takdirnya
2) Biarlah YM berbicara


Kesimpulan cerita: aku x taw lah..(x baca ag pun, merenung cover dpn jah) haha. Kak Yus punya hobi la ni baca novel. Pastu semangat kak yus bawakan aku novel, suh baca gak~ 
mak aihhh, aku bukan kaki novel punya orang maa.. Lagipun dia dah ceritakan aku sinopsis cerite tu semalam. so, konfem2 lah aku x kan baca mende yg aku dah taw. buhsan maa. kak yus suh baca novel supaya aku berperasaan sket. hahaha. aku bukannya x da perasaan cuma ntahlah. x minat eh.


Citer novel cintan cintun ni stereotaip je bagi aku. Laki dia mesti ensem giler nak mampus. kaya , tinggi, ada syarikat besar-besar diwaktu muda sbb ambik alih syarikat ayah die. yang pendek x leh jadi watak utama ye.

kalu perempuan nye pulak, cantik giler macam die sorg je hidup kat dunia nih. kalu kerja ofis, jatuh cintan kat bos. pastu disebabkan dia macam ayu2 pakai baju kurung cotton, paling baik kat dunia, bos pun jatuh cintun jugak. 


pastu kalu bercintan, bercintan betul2, sayang sgt3 sanggup redah lautan api mati. janji x kan cari yang lain. janji betul2 tu. tak tipu2 pon.


oh, sungguh lame. buhsan. semua itu dusta. hakikat kehidupan yang telah aku tempuh selama 20 tahun ini, adalah tidak ku jumpa kes sebegitu. kes yang ada lelaki nye buaya darat. setiap universiti kat mesia nih mesti ada sorang awek die. yang perempuan lak nak ada pakwe at least leh cakap kat kawan yg 'i hot'.


 zaman baca novel2 cintan ni dah berlalu. masa aku form 3. sekarang aku dah besar. dah cukup besar untuk tidak terpedaya dengan kisah2 perasaan mengarut itu semua. huuray. aku tidak akan terpedaya!!~

No comments: