Followers

Thursday, November 15, 2012

Ikan kembung masak 3 rasa

Salam,

Credit to sunkist sebab share resipi ini dan aku ubah ikut kemampuan diri sbg seorang student yg kekurangan bajet. hehe..so, jadilah lauk makan malam kami, ikan kembung masak tiga rasa..~




Bahan:

Ikan kembung 4 ekor 
2 biji bawang putih 
3 biji bawang merah 
sedikit halia 
Nenas 
Tomato
Timun
Lobak merah
Cili giling
cili padi
Sos cili
Sos tiram
Sos ikan
Serbuk kunyit
garam,gula,minyak masak

Cara masak:

1) Siang ikan, bersihkan, dan lumurkan dgn garam dan serbuk kunyit, lalu goreng sampai garing..
2) Kemudian untuk kuah 3 rasa, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yg dicincang sampai naik bau
3) Masukkan cili giling dan goreng seketika..kemudian masukkan nenas
4) Masukkan lobak merah, halia, tomato cincang, sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan garam. Masak sampai pekat kuah.
5) Setelah siap masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hias dengan timun.

Hasilnya, sedap jgk.. mudah dan sedap..try lah.. hee ;)

Tuesday, November 13, 2012

bunga kameron-ku

Salam,


Hari ke 10,
Dulu yang mekar kini telah layu,
Selamat tinggal bunga kameron ku..

aktvt ku

Salam,

Menjaga siHijau dan Izzah dgn penuh kaseh sayam


Menjaga pokok dan memasak.. apa lagi yang boleh dibuat?? kebosanan yg amat bagi kami berdua..aku dan farhana bujai.. mengapa tidak kami pulang sahaja ke kampung halaman? cuti seminggu kot.. hnsnhns

Friday, November 9, 2012

Izzah namanya

Salam,



Ini kaktus saya. 
Izzah namanya. 
Dah seminggu berlalu baru dpt bagi nama..
saya sekarang suka jaga pokok bunga..
hee

Thursday, November 8, 2012