Followers

Sunday, August 18, 2013

Aidilfitri 2013


Salam,

Ini raya paling bermakna..setelah 22 tahun usia baru aku dapat merasa. Terima kasih abah.. terima kasih atuk.. kerana telah buka lembaran baru dalam hidup.. bahagia.. sungguh aku bahagia. :')


p/s: keluarga besar Hj. Andi Ahmad dan Hjh. Andi Nurhayati

Sunday, July 21, 2013

mixed feeling

Salam,

Dah 3 bulan. 
Sejak aku tamat belajar dan menjalani fasa-fasa sebagai penganggur. Alhamdulillah, fasa-fasa tersebut ak jalani dengan tidak sia-sia.

1)Buat lesen 
2)Join d-code camp sebagai fasilitator
3)Buat kerja part time, website design service. Alhamdulillah, stakat ni dah 2 projek ak dpat. ok, baru 2..hehe..Rasa seronok, sbb buat kerja dari rumah.. Kalau ada siapa2 yang memerlukan khidmat utk buat website, boleh la pm dan harga, kita boleh nego..hehe

dan yang paling penting, berkhidmat untuk keluarga tercinta.. berada disamping abah, umi, adik-adik dan rasanya sangat bahagia..alhamdulillah, ramadhan kali ni pun dengan keluarga. :)

dan x lama lagi fasa bekerja pula.. aku dah besar rupanya.. ok, sekarang ak dah mixed feeling.. perasaan berbaur-baur.. gembira, sedih, serabut, berdebar-bedar, takutt..(owos, kalah org bercinta, haha) ntah lah. mungkin ini perasaannya mula2 nak menghadapi alam pekerjaan ye dak.

May everything go smoothly.. Rabbi yassir wa la tu assir..amenn


Quizilla 5

Salam,

Dah lama x main quizilla.. haha..dulu2 masa zaman study kt utp (macam dah lama sgt ak grad nye..hehe), this one is one of my favoritazz.. just for fun bila dah stress2 kan..stress ke?

Which Name fits You Best

-Katherine-

Katherine or Catharine means "one who is pure". You are friendly and creative person, but you can be shy at times. Makes sure you try to open up because you are very likeable.

(Ok,not bad. nama omputih ak catharine..haha. dan ya, ak akan jadi sgt2 pemalu bila jumpa balik kawan2 yg dah lama ak x jumpa sbb ak x taw nak buat reaksi apa..nak kena senyum ke? nak salam atau peluk ke? atau ketiga-tiganya sekali? akward moment.. haha)

ok la, hajat dihati nk update lagi blog. tapi esok ja la. harus tidur..nak kena bangun ag tolong ummi masak utk sahur.. Have a nice ramadhan! ;) 

Sunday, May 5, 2013

just graduated!

Salam,


yeayy, am a big girl now! really biggg.. haha. just graduated. alhamdulillah :D 


Sunday, April 14, 2013

kasih sayang

Salam,

"BECAUSE I love you my dear. And I pray you will realize that the purpose of creation is to worship our Creator.." (Wardina Safiyyah, 2013)


Amaze with this picture..I can see kasih sayang there.. Wish to be like her.. inshaAllah..=)


p/s: picture Wardina Safiyyah and her daughter Azra Sareera..
taken from Wardina Safiyyah Official Page. 

Wednesday, March 27, 2013

Kaedah Wardina Safiyyah Didik Anak Solat 5 Waktu

Salam,

just copy and paste from FB and this might be useful for my future children as well as yours! inshaAllah :)


KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Cuti sekolah->katanya

Salam,

she's at UTP...my adik bongsu. 






kakak sulung dan adik bongsu

Abah dan ummi balik sabah selama seminggu, so saya diberi tanggungjawab menjaga budak ini.. 


FYP-thing

Salam,

Done with my poster presentation..another 3 deadlines to go before graduating!



Tuesday, March 26, 2013

Ayam masak serai pedas

Salam,

Ini masakan terakhir aku sbg student final sem kat utp setelah barang2 masakan kami di rampas oleh pihak2 ituu..hmmmm.



Bahan2 (untuk 5 orang):
-Ayam (potong kecil2)
-2 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
-1 ulas bawang besar (merah) (hiris/tumbuk)
-2 batang serai (dititik)
-10 helai daun limau purut
-2 biji cili padi besar (hiris)
-10 biji cili padi (ditumbuk)
-sos tiram (1 camca)
-sos ikan (sedikit)
-gula, garam (secukup rasa)
-minyak
-carrot (pengganti sayur..hehe)


Cara-cara:
-Panaskan minyak, tumis (bawang merah, bawang putih, cili, serai, daun limau purut) hingga naik bau.
-Masukkan ayam dan sedikit air untuk pastikan ayam masak sepenuhnya
-Masukkan sos ikan, sos tiram, gula, garam, carrot. Kacau sampai sebati. Tutup api dan hidangkan..

simple n sedap gak..rasa cam ala2 tomyam..try lah :)

Thursday, January 31, 2013

lagu cinta

Salam,

malam ini lagu cinta berkumandang..
mood fyp entah ke mana..
huuu..

1) Tenda Biru by Desy Ratnasari - lagu cinta nenek aku



kisahnya putus cinta dgn kekasih pertama yg tiba2 kahwin dengan perempuan lain.. mungkin dah tertulis jodoh nenek aku dengan atuk aku..lalu lahirlah ummi aku.. 
uhukk,nenek aku pun ada lagu cinta~

2) Jangan Pisahkan by Deddy Dores & Mayang Sari - lagu cinta abah dan ummi aku..



alohh, sweetnya ummi abah aku.. hoho.. kisahnya dulu2 mahu dipisahkan lepas kahwin.. mujur ummi aku setia hingga hujung nyawa dgn abah aku.. hasilnya aku adik beradik 7 orang.. hee

lagu aku?

Monday, January 21, 2013

jolly- Kota Kinabalu, Sabah

Salam,


Pemandangan di atas awan..Subhanallah,memang cantik ciptaan Allah.. terkagum.

Ini pengembaraan pertama kami, geng jolly..(err, stakat ni, tu lah namanya, sampai kami jumpa nama baru yg lebih sesuai.. hee) Yusairah, Fathiah, Farhana Bujairimi, Anis Farhana dan aku. Kami dah bertekad inshaAllah, nak travel satu dunia bersama walaupun dah kawen dan ada anak2 nanti.. our future husband, tolong paham ya sbb kami dah bertekad.hee.

Jadi untuk permulaanya, kami cuti2 malaysia dulu.. Kota Kinabalu, Sabah. Sabah, kota kelahiran ku.. of kos aku eksaited! Kebetulan, ak ada adik kat UMS dan paklong yg tinggal kat MRSM KK. Singgah bermalam satu mlm kat UMS untuk melepas kerinduanku terhadap adik terchenta~ haha. dan malam malam selebihnya kami tinggal di Tune Hotel Air Asia, sebelah 1 Borneo mall dan lebih kurang 5 minit je dari UMS. 

9 Jan- Perdana Park


Apa yang menarik kat sini, ada 'musical dancing fountain' bermula jam 7pm-9.30pm dan masuk adalah percuma. Just enjoy the show.. :)


10 jan- Kinabalu Park, Rumah Terbalik

Gunung Kinabalu! 






Kinabalu park ni macam check point pertama jak sebelum kita pergi ke tempat2 seterusnya. Maksudnya, x da apa sangat pun kat dalam just the beauty of nature ja. nak berphotoshoot boleh la.. Entrance ticket RM 3/person. Tiket dia jgn di buang sbb boleh guna utk entrance tempat lain pada hari yang sama. 




Rumah terbalik ni rumah dia terbalik la..Upside Down House di tamparuli. semua di dalam tu terbalik..Tp dalam rumah dilarang ambil gambar..hoho. entrance ticket RM10/person, mykad holders. 


11 jan- Kundasang (Desa Cattle farm), Poring Hot Spring (Hotspring, Canopy Walkway)



aku dan lembuuuu 

Sejuk+aku kena flu pulak hari tu.. haishh





Sampai jgk d kundasang.. best tempat ni.. sejuk.. rasa nk tinggal kat sini.. :) ok, nak masuk desa cattle farm, bayar rm3/person for student price.



This one is wajib makan kat sini! sedap amat. ayam bakar kat restoran al-hidayah..restoran ni sebelah stesen minyak shell kundasang. ^^




Poring hot spring. Ticket entrance rm3/person. Boleh guna ticket kinabalu parks kalau pergi pada hari yang sama. Ia agak open..so pandai2 lah nak mandi tu.. for muslim, aurat sila jaga ya. 




Best! memang dah lama aku nak sgt naik titian gantung ni..alhamdulillah, dapat jgk. :). Bayaran masuk rm3/person. 


Time to go back to KK.. and we already traveled for about 123km. Dinasihatkan pulang awal at least jam 4 dah start turun sbb kabus agak tebal di kawasan pergunungan. seriously, kabus tebal+hujan pada waktu petang+ dingin angin bayu..


12 jan- Island hopping (Manukan and Sapi island), Pasar Philiphine


Kalau nak jimat, boleh naik bas dari 1B ke terminal wawasan, rm1 dan dari terminal wawasan ke jesselton port hanya rm0.50. hehe





Island hopping time! kami pilih 2 pulau je. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Total cost untuk 2 pulau+snorkeling lebih kurang rm48/person, student price. Air jernih giler dan best untuk snorkeling. Ikan banyak giler dan berwarna warni tapi sayang coral banyak dah mati.. maybe kalau pergi tengah sikit boleh nampak coral cantik2.. tp kami x pandai berenang, so berenang setakat yg mampu je.. huhu.

Malam, jalan2+makan kat pasar philiphine..sebelah pasar philiphine ada pasar malam. kalau nak beli mutiara2, gelang etc boleh beli kat pasar malam sbb harga dia lagi murah dari pasar philiphine dan pandai2 lah korang tawar menawar. 


13 jan- Monsopiad Cultural Village


menyumpit..berat ouhh


In Murut and Kadazan Dusun (Papar) costume


Ticket entrance RM 30/person, student price.. Kalu nak pakai costume tambah lagi rm 15. Here, it highlight more on kadazan and murut tradition and culture. Best!

Overall spending sepanjang 5 hari 4 malam di KK termasuk tiket flight dan hotel, lebih kurang rm 500. Berbaloi lah jgk sbb dpt pergi banyak tempat. 

14 jan- bah, mau pulang sudah..huhu.. goodbye kk! till we meet again.. :)