Followers

Thursday, December 22, 2011

bicara hati buat kesayangan patik -->compaq

 Salam,

 Duhai laptob kesayangan patik,
 tuan hamba lah satu-satunya harta duniawi paling mahal patik di dunia,
 Sudilah kiranya agar tuan hamba tidak membuat masalah,
 Jika benar sayangkan patik..

 Gaji kedua patik tidaklah kiranya masuk2 lagi,
 Perkiraan patik hujungsehujungnya bulan ini,
 gaji pertama sudah habis merawat tuan hamba,
 gaji kedua, 
 mahu patik habiskan rawat tuan hamba lagi kah?
 andai begitu,
 bagaimana patik hendak menabung?
 untuk perancangan masa hadapan~

p/s: otak bingung.

Thursday, December 15, 2011

kerja dengan novel

Salam,


kerja hari ni: baca novel


2 buah novel kena baca
1) Andai itu takdirnya
2) Biarlah YM berbicara


Kesimpulan cerita: aku x taw lah..(x baca ag pun, merenung cover dpn jah) haha. Kak Yus punya hobi la ni baca novel. Pastu semangat kak yus bawakan aku novel, suh baca gak~ 
mak aihhh, aku bukan kaki novel punya orang maa.. Lagipun dia dah ceritakan aku sinopsis cerite tu semalam. so, konfem2 lah aku x kan baca mende yg aku dah taw. buhsan maa. kak yus suh baca novel supaya aku berperasaan sket. hahaha. aku bukannya x da perasaan cuma ntahlah. x minat eh.


Citer novel cintan cintun ni stereotaip je bagi aku. Laki dia mesti ensem giler nak mampus. kaya , tinggi, ada syarikat besar-besar diwaktu muda sbb ambik alih syarikat ayah die. yang pendek x leh jadi watak utama ye.

kalu perempuan nye pulak, cantik giler macam die sorg je hidup kat dunia nih. kalu kerja ofis, jatuh cintan kat bos. pastu disebabkan dia macam ayu2 pakai baju kurung cotton, paling baik kat dunia, bos pun jatuh cintun jugak. 


pastu kalu bercintan, bercintan betul2, sayang sgt3 sanggup redah lautan api mati. janji x kan cari yang lain. janji betul2 tu. tak tipu2 pon.


oh, sungguh lame. buhsan. semua itu dusta. hakikat kehidupan yang telah aku tempuh selama 20 tahun ini, adalah tidak ku jumpa kes sebegitu. kes yang ada lelaki nye buaya darat. setiap universiti kat mesia nih mesti ada sorang awek die. yang perempuan lak nak ada pakwe at least leh cakap kat kawan yg 'i hot'.


 zaman baca novel2 cintan ni dah berlalu. masa aku form 3. sekarang aku dah besar. dah cukup besar untuk tidak terpedaya dengan kisah2 perasaan mengarut itu semua. huuray. aku tidak akan terpedaya!!~

projek1: expert interview

Salam,
muzik latar: kisah dongeng by stacy


  Cover cd for expert interview dah siap. bermakna 1 projek dah settle. ada lagi 3 projek mendatang. yang paling dekat, bos nak siap before januari. Leadership and Mindset Database System. yawwww..Isnin bebaru nih baru je bos assign that projek under aku.. so how maa~??? starving for idea.. and bos on holiday to SABAH for 2 weeks. ini tidak aci boh~~








p/s: citer cinta elysa dah abis.. no more aril aka si botak dlm citer juvana~

Friday, December 9, 2011

malam dan abah

Salam,


 Saat ini aku sedang duduk di atas sofa di ruang tamu rumah. Sudah jam 2.45AM. Sudah pagi rupanya. dan aku masih termenung di depan laptob menunggu idea dan kreativity. Next kerja overtime x bergaji aku ialah buat flash promo untuk projek sapphire (HRM). 

 dan abah juga masih di situ. Tidur di permaidani itu beralaskan bantal. Masih sama seperti dulu-dulu. Sewaktu aku masih seorang pelajar sekolah menengah. Gigih belajar untuk PMR dan SPM. Jenis aku, jam 8 pm hingga jam 12am adalah tempoh masa yg amat kritikal untuk buat mata aku celik. hukhuk.. Jadinya, abah akan kejutkan aku setelah tempoh tersebut, untuk belajar. Sanggup abah teman aku. Dahlah, balik kerja pun dah lewat, penat2 masih lagi sanggup teman aku tuh.


 Sama lah macam sekarang. Pernah aku tanya kepada abah. kenapa abah nak teman jugak dila? masuk jak lah tidur di bilik. Jawab abah ringkas je, 'abah nak jaga dila'. 


 Aku jadi sebak lah pulak tengok abah sekarang ini.. hukhuk.. abah, dila sayang abah sangat2. Semoga dila dijauhkan daripada menjadi anak derhaka.. aminn.

Monday, December 5, 2011

Quizilla 4

Salam,



What City Are You (Girls Only!)




Pittsburgh

You're known for how hard you work, and how you like to concentrate on "the important stuff". While getting your work done is important, there's other important stuff in life too, lots of it, and make sure you spend time of those things too.
(Are i'm a workaholic girl??.. emm, seems to take a deep breath and relax more.. or should i go for travel??~~)v tapi kalu ikutkan naluri hati ak, aku memang suka travel..n travel sokmo lah aku~ haha)


p/s: bos x dtg kerja.. masa untuk enjoy! huuray

Sunday, December 4, 2011

outstation- satu

Salam,


  When they heard the sound of tick... ;) 







  Outstation at Legend Hotel, Cherating. This is not a holiday-moon.. seriously.. kerja2!! haha~

Saturday, November 26, 2011

Pergedel Jagung

Salam
muzik latar: Kamen Rider 555






Bahan2:


- Jagung (4 biji dihiris halus)
- Bawang merah (4 biji)
- Lada putih (tumbuk halus)
- telur (2 biji)
- garam (secukup rasa)
- daun sup
- Tepung gandum


Cara masak:
1) Hiris jagung halus2 dengan pisau. Kalau x halus tumbuk ah. sbb abah cakap, kalau x halus nanti x sedap.
2) Tumbuk bawang merah dan lada putih. Kalau nak guna serbuk lada putih pun ok gak
3) Letak semuanya dalam acuan. Pecahkan telur 2 biji dan letak garam secukup rasa.
4) Hiris daun sup sehalus yang mungkin. dan kacau semuanya sehingga nampk comel
5) Letak tepung gandum sikit. jangan letak banyak2.. Secukup rasa je dan kacau lagi
6) Panaskan minyak dan gorenglah sampai masak.


Senang kan.. Resipi ni masakan orang bugis. Aku dapat resipi ni masa balik sulawesi tahun lepas. Sedapp. Ni juga fevret food abah aku.. begitu juga aku. hee ^^)v

lorong masak-masak

Salam,


 Atas kesedaran wanitaku, hari ni aku bukak satu lorong baru utk murning street~ lorong masak-masak.. hakhak.. sempena awal muharram ni, murning street pun nak berhijrah.. berhijrah menjadi seorang chef. erk, terpesona tgok master chef~ hehe.. walaupun aku x pandai sangat memasak macam ummi, tapi masih belum terlambat kan nak belajar.. ummi pun taw masak lepas kawin dgn abah.. abah aku pandai masak taw! enchanted


p/s: ptg nanti aku post my first recipe ;)

Wednesday, November 23, 2011

fresh murning

Salam,
muzik latar: denganNafasmu by Ungu 





 I wake up in the murning and realise that how fresh it was after a long beauty sleep.. thanks Allah.. huhu.. so, I guess this is why i'm a bit so emotional last week.. not had enough sleep. sorry for my emo and lets enjoy life to the fullest! fresh murning.. fresh angle.. fresh mind.. fresh life. :)

Tuesday, November 22, 2011

montage vs bola

Salam,


 Aiiiyyyy, sedih la ambe giniiii.T.T arghhhh.. 


 Hari ini merupakan hari CUF HSE DAY 2011. Baru sebentar tadi aku menghadiri majlis perasmiannya. Aku bukan ajk majlis. Hanya sekadar menggantikan tanggungjawab bai yang sepatutnya membuat montaj tetapi hilang entah kemana. jadinya, aku menjadi bidang terjun (OT x bergaji meskipun gaji asal x masuk2 lagi dan kini ku tidak berwang lagi). Ok, kita reversed masa menjadi seminggu yang lalu..


 Di suatu minggu yang lalu, aku telah diminta tolong oleh HSE department untuk membuat montaj. Oleh kerana, bos aku bersetuju menyerahkan aku sebentar ke HSE department, aku menurut lah arahan tersebut. dan juga oleh kerana, seminggu yang lepas aku terlibat dengan shooting video untuk expert interview dan mini K-day, malam2 ku habiskan dengan study after effect dan vegas (software untuk buat montage). wuhuhu, baru ku tahu, untuk membuat montage selama 5 minit sahaja itu mengambil masa #$%^&*. Hujung minggu baru aku start buat sekadar yang termampu bersama laptop yang berpenyakit ini. 


 Semalam, versi pertama montage siap. Lepas present depan manager HSE, beliau memutuskan untuk menambah tolakkan montage 3 minit menjadi 5 minit. Keputusan dibuat 5 minit sebelum waktu biasa aku balik kerja. amat bagos manager! pantas anda membuat keputusan. Jadi kesimpulannya, aku buat OT x bergaji. edit montage kat ofis sorang2 malam2. seram jugak ofis nih.. aku asyik dengar bunyi orang menaip, even aku sorang je kat situ.. huuuu..berfikir positif.


 Tapi sekali sekala manager datang jenguk aku dan sempatlah berbual masalah dunia sebentar.. sebentar je x lama, sebab semalam ada match bola sepak sukan asia malaysia vs indonesia. aku kegelisahan. antara bolasepak dan montage. walaubagaimanapun, harus fokus. hingga jam 11.30pm.


 Hari ini jam 9.00am..
Apa yang patut aku rasa apabila ajk mereka salah display montage versi pertama? aku cakap kat manager aku sedih. dia cakap balik kat aku, dia lagi sedih.. aku tak taw nak cakap apa dah. 


 Pengajarannya, kalu sekali dah ditugaskan buat sesuatu tugasan, kena pegang tugasan itu dari awal sampai ke akhir. kalu aku yang buat montage, aku jgk kena jaga ia sampai ia abis display. tapi aku bukan ajk.

p/s: mujur malaysia menang. tahniah harimau malaya.. 

Saturday, November 19, 2011

oh gaji pertamaku~

Salam
muzik latar: stereo heart by gymClassHeroes feat adamLevine




 Oh, hidup juga sukar tanpa gaji~ baru bulan pertama kerja namun gaji sampai sekarang tarak masuk2 lagi.. alamak, hidup sukar. laptob aku pulak mengalami alzheimer.. harus tambah otak lagi, kasi besar baru boleh lancar digestive sistem nya.. ahhhhh 


 Kak gee cakap salah aku sebab gaji masuk lambat... salah aku ke? aku rasa aku x bersalah... hukhuk.. sebenarnya, aku tersilap marah kt GM.. huhu.. mana aku taw dia GM.. apa taknya, masa lunch kat kantin, die menjerit panggil geng die, padahal geng die duduk tak sampai 15 cm pun depan die.. pastu menjerit plak tepat2 belakang aku.. naseb baik aku x da serangan jantung paling2 pun tercekik makanan je. memang silap ah jerit belakang aku! 


 Oh, GM adakah ini hukuman buat aku? sebelum aku marah buat kali ke 2, silalah dan cepatlah masukkan gaji aku.. T_T

Monday, November 14, 2011

internet, berbuat baiklah kepada saya

Salam,


  Hidup sukar tanpa internet... bagi orang macam saya. Oleh yang demikian, internet sila berbuat baik kepada saya sebelum kepala saya menjadi panas dan mulut saya mengeluarkan kata-kata yang tidak berapa baik..


  Intern life tidak sesenang lenang yang aku sangka.. terutama sekali pabila diri dijadikan seperti hak milik semua bos. belajar. pengalaman. yup.. memang banyak yang dipelajari dan banyak pengalaman yang ditimba. sampai kepala menjadi panas. hot. I need hot choc.

Tuesday, November 8, 2011

Raya Adha versi 20 tahun

Salam,


 Salam Aidiladha.Salam Raya Haji.Eid Mubarak.Selamat Berkorban. 1432H...
K lah, post tentang aidiladha aku sebelum ni --> 2009, 2010

 2 tahun beraya di perantauan.. akhernya, versi adha 20 tahun ni, aku beraya bersama keluarga~ keluarga aku gumbira. aku pun turut sama bergumbira. alhamdulillah, dapat duit raya! wouhaha.


 Raya tahun ni beraya kat marang. rumah mertua..... pakcik aku. haha. paklong and his wife datang from sabah. wife paklong org tganu kan, dan dia nak tinggal kat tganu kejap. katanya nak bersalin anak first kat tganu. huhu.. macam2 orang pregnant ni ek.. kalau camtu, in the future, aku pun nak bersalin anak first kat sabah lah~ no tolak ansur. nak jgk! hahaha (gedik). 

Wednesday, November 2, 2011

theSilentSmile

Salam,
muzik latar: Astronaut by simplePlan













 Memories always sneaks up out of the blue.. and i don't want to lose that memory :)

p/s: views at UTP.

Thursday, October 27, 2011

Trust

Salam,



trust-keep believe
not afraid because it's just a matter of trust.
do you believe it?
but
what if
 your trust was betrayed?
can you trust anymore?





p/s: nice short movie.. trust. or keep believe? maybe it's about understanding. and the way he teach, super cool!

Tuesday, October 25, 2011

teks untuk GM

Salam,
muzik latar: yearsFromNow by aizatAmdan


 "Rose, nah ambil paper ni. baca dan pahamkan. pastu ko buat teks speech untuk GM. Cepat taw. bos hatta nak by petang ni."


Aku tidak pulak membantah. salah aku. walaupun dalam hati, berkecamuk. Apa tidaknya, itu kerja dia. dia yang sepatutnya buat teks untuk GM. Aku punya tugasan lain. dia lak sedap2 main internet. baca blog2 lah. kalau ko terjumpa blog aku , selamat datang ya! Mujur bos aku paham sebab aku tidak menyiapkan tugasan aku. Seharian memerah otak membuat teks ucapan untuk GM. 


 Cabaran untuk aku. Aku tak pernah buat teks ucapan. Kerja2 CNP ni manalah aku taw. Kerja2 PNP bolehla aku buat.. haha. dan buatlah jugak teks itu dengan muka yang x da seri. Siap je teks, terus aku hantar kepada dia. bagiku, kalau banyak salah, bos akan marah dia jugak~ sebab memang kerja dia.. hahaha ;P


 Seperti biasa setiap pagi aku akan check email di microsoft outlook. dan mesej dari dia, "Rose! Bos like it. Congrats." terkagum sejenak..


 lol. asal bos x marah dia? geram. tapi alhamdulillah, aku ada bakat jugak buat teks ye. tak tahu pun selama ini~ haha


p/s: semakin merindui bintang (my pet). bintang dah hilang..

Sunday, October 23, 2011

enchanted

Salam,
muzik latar: yourLove is a Lie by simple plan




 Internship story again.. ^^.. i do like my intern because...... i dont know.. haha. maybe because dato zainal is happy when i'm not in utp.. (ada orang cakap, oke fine) i love my interns!.


 Nama aku kat ofis ialah Rose~ (tapi aku x da jack..) bos susah amat nak panggil nama aku.. last2 rose jadinya. haha..aku amat tak faham kenapa orang susah sangat nak sebut nama aku? Selalu kalu aku perkenalkan diri, mesti dorang akan tanya balik, 'apa nama, sekali lagi?' aiyy, buhsan la.


 Minggu lepas adalah minggu yang agak busi tetapi aku bersyukur sebab kalau tak busi aku akan buhsan. dan buhsan itu adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan. Orait, minggu lepas kerja aku banyak kena buat montaj dan flash2. Untuk pertama kalinya aku buat montaj dan flash. dan aku dah buat. dan perasaanya amat enchanted. enchanted tengok hasil kerja seorang yang noob. yang buat ak OT x bergaji dan tak tidur. ye lah, kalau dah bos bagi kerja, aku cakap aku tak pandai pun dia kata aku ni merendah diri sangat. padahal aku betul2 tak pandai. tak paham aku. tetapi kembali kepada tema umur 20 aku, 'if u dont try, u wont know rite!' ngez~ (motivate diri sendirik)


 Orait, aku terkagum dengan working condition kat petronas. Seperti biasa kerja dari hari ahad hingga khamis, jam 8am-5pm. dan hari rabu, jam 4pm khusus untuk riadhah. Tapi x leh balik awal, kena jugak ikut mereka g riadhah~ Setiap pagi pulak, jam 8.30 mesti ada bacaan doa, to get barakah. Selang waktu lunch, ada ceramah kat surau dan selepas tu, solat zuhur berjemaah. nice one.


 enchanted.

Sunday, October 16, 2011

saya sebagai pelajar internship.

Salam,
muzik latar: Wish You were Here by AvrilLavigne


 Sudah 1 minggu aku menjalani latihan industri atau bahasa UTPnya, 'internship'. Sudah masuk minggu ke 2 pun sebenarnya.. haha


 Aku menjalani latihan industri di sebuah syarikat minyak. eh, bukan. syarikat gas. syarikat kimia pun boleh jugak. mungkin juga ketiga-tiganya sekali. baik lah, aku cakap betul-betul. Centralised Utility Facilities (CUF), Petronas Gas Bhd. Itu tempat aku sekarang di KIPC dalam CMD department. CMD itu nama panjangnya ialah Change Management Department. Ada 5 orang dalam department aku. Seorang manager iaitu bos merangkap supervisor aku. Panggil saja lah namanya bos. 4 orang staff. Kak Azlina, Kak Wani, Bai atau nama glamornya SAM dan nama sebenarnya shahrul. dan seorang lagi, sahar. (2 kakak dan 3 pakcik). 5 watak ini. berbeza perangai, berbeza pemikiran, berbeza waktu makan tengah hari (yang ini aku tidak paham), namun bergabung dalam 1 matlamat iaitu Change Make Difference! Yah, begitulah pentingnya department CMD dalam organisasi petronas. huh


 Banyak yang ingin aku kongsikan lagi. Tapi esok kerja. Harus tidur awal. Untuk bangun awal dan tidur dalam pejabat.

Saturday, October 8, 2011

SWC 11: the end

Salam,


 Alhamdulillah, currently chilling at home after a crazy couple of weeks.. crazy yet qualified enough to be stored in my cerebrum..yosh~


 SIFE UTP/Malaysia did not win the world cup. We just managed to enter the semi final n lost with germany in the league. and germany was the champion. we lost with the champion.. haha.. 



 Nvm, i won the experience of a lifetime.. no regret. ^^






semangat giler ak blaja sal ETP..sume hal negara ak dah taw dah~ haha

 K, abis dah SWC.. back to home. ada sehari lagi cuti before mula berinternship. Oh ye, good news maybe.. ummi dah boleh terime bintang.. hehe.. ummi kan x suke pet sbb susah nk didik.. snang ag nk didik ak kot~ erk.. haha. but now, tido pun ngn bintang.. pelik ak.. haha.. bak kata ummi, bintang lah tempat ummi bermanja sorg2 kat umah.. ye lah, anak2 ummi sume keluar menuntut ilmu~ ha3.. bintang dah gem2.. kena ajar g jog neh~

Sunday, October 2, 2011

SWC 11 preparation: last day..perhaps

Salam,
muzik latar: rythm of love by plain white



Dear my team.. whatever happen, just go with it. 
He knows the best for us
ikhlas and yeah..
go!

p/s: dear lionel messi, support malaysia k! haha~

Tuesday, September 20, 2011

20th :19991

Salam,
muzik latar: dengan nafasMu by Ungu


poster besday ak.. credit to myself 0.o)v

 Yesterday, was the day I turned 20th. Hepi besday to myself!! ak dah besar.. yeah~ Sempena besday ak, ak buat poster besday sendiri.. dah besar, x da org nk kasi kad, so memandangkan ak amat berbakat, jadi design la sendiri -.T.. ha3

 Tengkiu kpd semua yg wish besday ak melalui media teknologi terkini mahupun yg lame.. kata2 semangat dari korang membuatkan ak senyum tersengih2 malu..?.. tengkiu jgk to team sife malaysia sbb celebrate my besday on that night.. ak ingat korg x taw, tp korg taw gak ek.. hehe.. tengkiu korg!! walaupun that night kena ceramah oleh datin~..ak x suka secret recipe sbb [indah khabar dari rupa] muak, tp kek besday ak rasa sedapp amat~ trima ksh kpd yg blanje kek tersebut, hehehe. 


 Bila dah besar nih, rasa seperti suka bersendirian pulak.. melayan perasaan yang bercampur baur..ek?..oleh itu, dgn azam yg tinggi ak tekad keluar senyap2 dari zehn tetapi kantoi dgn albert..ha3..mujur ak besday girl, so dia bg izin la ak kuar~ lalu menaiki teksi dan menuju ke mid valley.. Dengan itu, bes-day ak habiskan at midvalley!! bersendiri lagi..perasaan ak?? mungkin juga gumbira, sbb dpt kluar setelah seminggu terkurung di zehn with all those kerja2 swc.. ak x tension, cuma kurang fokus~. ada juga rasa sedih.. sbb alone? but i should be happy that day right?? huh


 Alhamdulillah, saat ini ak masih bernafas..sihat..dan awet muda.. semalam ak dapat berita yg nenek kawan ak sakit terlantar di hospital.. ak jadi sedar, hargai hidup ini, selagi masih ada.. semoga nenek kawan ak segera sembuh, inshaAllah.. ameen.

Oke, tema umur 20 ak: bace kt poster diatas! haha~ Selagi ak masih bernafas, ak akan berusaha!! inshaAllah, ameen. =)

Saturday, September 17, 2011

Selamat Pengantin Baru

Salam,
muzik latar: for the rest of my life by maher zain


 Today is my friend's wedding.. Gowe.. Selamat Pengantin Baru kepada gowe and kak syu!! Wish both of u happy ever after. :D


 Rasa x caya ada kawan ak yg dah kawen.. huk3.. nice bro! kawen awal, elak maksiat kan.. hehe..ak x nak cakap bnyak2, sbb ak x pandai sgt bab2 ni~
Papepun, semoga berbahagia menjadi keluarga yg sakinah.. inshaAllah.. ameen 



Friday, September 16, 2011

SWC 11 preparation: day 3

Salam,


  Happy Malaysia Day!! I'm Malaysian now.. ha3.. Proud to be Sabahan.. proud to be Malaysian..ngeh~


 Just want to update about the SWC 11 preparation. Yesterday, we'r attending a conference of SIFE Malaysia Foundation with MITI and MOHE Deputy Minister.. Agenda: announcing the new line board of directors in SIFE Malaysia Foundation and spotlighting SIFE UTP as the representative of Malaysia in world cup 2011. Congratulation to the new chairman, Tengku Dato' Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ceo Maybank Investment Bank Berhad. 


 At night, session with SIFE Alumni. Fyi, every 9.00pm we gonna have session with sife malaysia/sife alumni and etc. Nice to know them.. all of them really inspired us.. :)
  

Wednesday, September 14, 2011

SWC 11 preparation: day 1

Salam,
muzik latar: patah hati by siti nurhaliza~


 Alhamdulillah.. I'm done with the final exam..That means I done my 2nd year 2nd semester.. congratulation to me!! haha.. gonna go for internship this october.. I'm gonna miss YOUtipi~ 


 .....and today is my first day at kL.. gonna busy again with sife world cup preparation~ huk3.. and let the pics talk ;)


this is where we stay... until the competition.

semlm terjumpe sheikh muzaphar at the basement.. n die stay kt situ!! arrh, melt2~
excited masuk aptmnt. rase cam rancangan akademik fantasie pulak~ ha3



oke, xcited mengusha apartment~ ha3.. rasa nk besar cepat2, n nak beli rumah impian~ ha3

view outside.
dah mula berusaha..
berusaha betul2 neh.. x tipo! haha
Moja yang sentiasa setia disisiku.. walaupun sptutnya skrang ni die perlu balik ke  kutub utara~ hak3..sayang moja!

  Oorait.. dunno what to say..haha.. to much they give to us.. thanks for everything.. we'll strive for the best! inshaAllah..ameen.

Wednesday, September 7, 2011

finalExam 2Y2S

Salam,



At this moment..
    Stay strong,
    Aja2 fighting!! 
    Berusaha!!


    May Allah bless..

Monday, September 5, 2011

Raya+Merdeka

Salam,


Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka


Hari Raya:
raya tahun ni sy bersederhana je..(cewaahh.. hikhik).. x da la meriah sgt, n x de lah x meriah.. still raya kt kemaman.. macam raye sebelum2 ni, mmg x sah la kalu x abiskan ronda semua geng2 sabah+bugis kt kwasan kemaman nih.. semua geng2 abah n ummi.. sampai abah tetibe usulkan nak buat persatuan bugis-bugis kemaman lak dan aku jadi event coordinator~ 
alahai abah~ 
raya tahun ni juga menjadi lebih bermakna dengan kehadiran 'bintang'. bintang ni anak yatim.. dan baru berusia dlm setahun.. rindu pulak kat bintang~


inilah bintang..

Duit raye lumayan lah.. sesuai lah ngn umor ak skang~ hukhuk

Hari Merdeka:

I'm Muslim and I'm Malay+Bugese
I'm Sabahan and Terengganu-an~
Selamat Hari Merdeka yg ke 54..!!

Sunday, August 21, 2011

20 Ramadhan: Suak Padi

Salam




    Berbuka puasa di kampung orang asli, suak padi.. alhamdulillah.. dah lama  jgk tak ke sana.. sejak kbs 2009.. sudah 2 tahun berlalu. Dalam tempoh 2 tahun ini, ada juga waktu2 yang aku kesana utk solat maghrib bersama2 mereka.. adik2 yg kecil dahulu pun sudah menjadi besar.. dan makcik2 yang dahulu tetap sama masakannya.. lazat persis kasih seorang ummi. 


    AlFatihah buat almarhum ustaz Hassan yang telah meninggalkan dunia sebulan yang lepas.. tersentap mendengar berita kematian beliau.. Sebelum ini, ustaz merupakan orang tengah antara kami dan penduduk suak padi.. Kata-kata beliau yang saya ingat, 'bantu orang kampung ini, mereka tak tahu islam..'
semoga ustaz bahagia di dunia sana.


    Di kampung ini, sudah ramai yg memeluk islam.. tak silap ak sudah ada 60++ sekarang berbanding 2 tahun lepas.. tetapi ada jugak mengatakan ramai yang mahu keluar islam... kerna tiada bimbingan. 


    Buat aku terfikir, inikah yang kita mahu?

Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan: art

Salam,


      It's been a while right.. and in the hustle and bustle of study+ projek+ esemen+ test week, I start to art..


I dunno why this week, I feel so loser.. want to cry, but dunno why..
so I guess, this is adulthood~




Date: 16082011
Time: 11.10pm
Pic: during UTP OC
Mood: childhood memory~

Sunday, August 14, 2011

14 Ramadhan: life

Salam,




 It's another murning.. apprecite it as we dunno when it comes to the end.. alhamdulillah.



Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan: Sahur!!

Salam,


 Dah jam 3.30 am.. dan saya dan rumet saya sangat rajin memasak tomyam sosej untuk sahur ari nih.. ntah la, kalu dah banyak sangat esemen+projek bertimbun, dan pehning kpala........ one of the way to run away is cooking~
yup cooking is the best thing to forget all the problems.. he3.. try la


 Dan.. tomyam sosej kami sedapp ;D

Quizilla 3

Salam,
muzik latar: Everything's okay-Lenka


Are you a Magazine, Newspaper or Book?


I got neswpaper


The result: You enjoy order and structure..(enjoy ke? buhsan la x da doodle) You are a people - pleaser (bodek org ? sometimes yea, hukhuk) and like to capture life little moments (Yeah, life is so unique..betul) and connect with those around you. (macam nak connect kan 7segment kat bread board ke?? pening eh projek microP -.0) You are really concerned with living in the moment and think less about the future (pening ah kepala pikir sal masa depan.. just follow the flow buleh x? cam x da cita2 lah pulak ak neh..hmm). You are very honest and straight -forward and say things as you see them (sbb abah saya ajar masa saya kecik supaya jgn menipu.. cakap yang benar~) . Always be yourself! (oraitttt)


 Again quizilla!! haha.. sometimes, this crazy thing is fun!...betul.

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan

Salam,


 Tazkirah lepas terawih tadi pasal imam.. Seorang imam mempunyai tanggungjawab yg besar trhadap makmumnya. Atas tanggungjawab itu, seorang imam harus berhati2 dalam segala tindakan nya kerna dia menjadi role model kepada makmumnya..Dalam solat, seorang imam harus peka, khusyuk masyuk dan ingat sekarang berada dlm rakaat yg ke berapa?,.. Dalam erti kata lainnya, ko imam kena lah perfect, so that makmum x da lah nk kutuk2 ko.. 




 Tapi, imam kan manusia jgk, memang sah2 ada waktu buat silap.. kalu x caya, cube ko lak jadi imam solat.. Tu yg pikiaq mende lain time ngah solat tu, Ko yakin ke ko boleh jadi imam? hoho.. sbb tu, Allah bagi jalan keluar kalu tersilap atau terlupa..dalam solat, kalu terlupa buat sunat ab'ad, Allah maafkan kita dengan buat sujud sahwi. As makmum, follow ur leader.. 


 In real life, kita adalah imam kepada diri kita sendiri..kita adalah imam kepada anggota badan kita.. We need to show the right path to them, so they won't claim us in akhirat.. but, as usual we do sins.. and Allah the most Gracious and the most Merciful always give us opportunity to repent. 

 Ramadhan, path towards righteousness~ (tema RD 2009)

Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan

Salam
muzik latar: Diari ramadhan rafique ost~


 Tazkirah hari ni....... Ops, saya x pergi solat terawih tadi, sbb saya ada test malam.. huhu.. Tapi hari ni saya gumbira sangat! sbb kawan saya yg freehair sebelum ni dah mula pakai tudung tadi. Berkat di bulan ramadhan.. terima kasih ya Allah sbb bukakan hati dia untuk pakai tudung.. alhamdulillah.


 Kepada si dia: "weh, seriously ko nampak cantik taw pakai tudung!  betul.. x tipu..=)"

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan

Salam



 Tazkirah lepas tarawih tadi sal perbuatan bersedekah. Sebagai contoh yg kakak international tu kasi, kalu kita nk bersedekah setiap hari di bulan ramadhan ni kan, salah satu caranya, setiap hari, kita sedekah rm 1 dan letak dalam tabung@ kotak.. by the end of the week, boleh la serahkan duit yg terkumpul kat masjid or kepada sesape yg berkenaan..=)


 Itu sedekah harta.. sedekah senyum pun boleh..sedekahkan makanan bukak puasa kat hosmet pun boleh.. sedekah apa2 shaja, asalkan niat ikhlas kerana Dia =)