Followers

Wednesday, January 25, 2012

...

Salam,


- For the first time aku rasa down giler3 amat sepanjang waktu berinternship neh.
- Kalu macam ni lah keadaan bekerja, aku rasa nak p kawin dan duduk senyap2 kat umah. abis cerite. biar laki ak je keje. aku tanak keje.. tanak!!!! 


p/s: susah jadi wanita bekerjaya neh..
otak penat.

Saturday, January 21, 2012

pckLong jadi abah

Salam,
muzik latar: If it's love by train




Alhamdulillah... baby girl!! tahniah pck Along dan Mck Muni..Akhirnya pck Long jadi abah~ 
Noor Ainul Mardheeyah bt Noor Alam.
cucu atok sama nenek yang ke 14.
Moga jadi anak solehah ya dik 
macam kak deyla~ ha3 ;D


p/s: excited nye dapat baby! comel sangat2~ alahai cair aku....

Outstation 3

Salam,


Outstation 3 at keeL~
20/1/2012
Dapat peluang join meeting MQSC PGB dan jumpa MD CEO PGB, En. Samsuddin Miskun or nama glamour die En.Sam.. and guess what! he offers me job! alhamdulillah, terima kasih Allah :) 


Apa yg buat aku kagum dengan PGB ni, pagi2 sebelum mula kerja dorg berkumpul. Kak Naza ajak aku berkumpul sama even aku just orang luar.. huhu.. rupa-rupanya dorang berkumpul sebab ada tazkirah.. En. Sam sendiri yang bagi tazkirah kat anak2 buah nya.. alhamdulillah, bagus giler ceo pgb. patutlah performance pgb semakin mantap dari petronas2 yang lain.. sebab kita ada leader yang bagus sprti itu.. kagum dgn beliau.


Lunch with tyah, sera and anis dan kawan anis!! rindu korang~~

Friday, January 20, 2012

Tamally Maak~

Salam,




~OOoo, lagu ni lagu jiwang rupanye. tp versi arab.. waktu kecik2 dulu ingtkn lagu ni lagu keinsafan~

Thursday, January 19, 2012

Outstation 2

Salam,

Outstation 2: mood ak kala ini ala2 serius! 

- naik kereta camry GM! (staff lain jeles.. ha3)
- boss tun bawak g sopping kat megamall.. sopping sakan gue~ hihihi
- stay at hotel vistana kuantan.
- Kena buat montaj utk Q3/YER Performance Review CUF. montaj utk GM present kol 9 kt KL pagi tadi.
- boss: ini urgent ros dan jangan tido sampai kol 5 taw! 
hakikatnya, lu ingat wat montaj ni macam masak nasi goreng kah?? grrrr.. semput ak wat montaj just in one night! dan siap render kol 6.30am. fuhhh, alhamdulillah.. Then, ada 4 jam utk ak tido before g join mitim CMD kt Gebeng.
- First time masuk CUF Gebeng.. hmm, cumel CUF Kerteh ag~ haha. and dalam mitim keje ak wat montaj utk triple plus and KM.

p/s: boss tanya perasaan ak x tido malam. dan ak jawab, cool~ ngek

Monday, January 16, 2012

happy can be programmed

Salam,
muzik latar: Oxygen by ColbieCailat


just simple like that
and
.................................................ngok ngek....................................................

Thursday, January 12, 2012

sife world cup 2012?

Salam,



Seems to be awesome^^~ To all sifers, aja2 fighting! 
and me... already become SAB (SIFEUTP student advisory board) lorh~
kurr..kurr..kurr

p/s: got this from red's blog..

Saturday, January 7, 2012

selamat berganti tahun

Salam,
muzik latar: ombak rindu~


 Selamat berganti tahun 2012.. sambutan tahun baru aku hari tu di rumah sewa kerteh dan didepan laptob buat kerja. video presentation untuk GM. Baru aku sedar, aku ni workaholic rupanya~ haha. ngek


 Minggu ni baru aku dapat balik kg. Kalu diikutkan minggu ni pun aku x leh balik sebab dapat projek buat video untuk PGB nye presentation. huhu. alhamdulillah rezeki lebih. tapi keputusannya, aku serahkan kat bos2 untuk lepaskan aku buat video untuk PGB. dan bos aku decide untuk bagi aku rehat minggu ni. dia tolak offer tu sbb kesiankan aku. ha3. aku leh je, tapi due kena siap before isnin ni.. Kalu aku accept that offer, good for my future but kena suffer sekejap dan kalu aku tolak, aku boleh rehat kat rumah setelah seminggu x tido. seriously aku rasa cam gila. dan aku serahkan kat bos. Dia decide dan aku cuma cakap yes,bos!


 I'm home now dan farid dan ardi dah balik ke asrama masing2. rindu pulak kat adik2 aku tuh. huhu. x sempat akk nak belanja korang ek.. gaji akk masuk lambat. sori bro2~ 


 Semalam aku dah tido dengan cantik~ malam ni x leh tido lah pulak. aiyya. dan aku baru je abis tgok citer tamil. erk, ha3. ni sebab abah nye pasal, suka tgok citer tamil. x paham aku. aku ngajuk ngn abah x nak tgok citer tamil.. tapi abah x layan pun. penat je aku ngajuk. ha3. last2 aku lak tgok citer tuh sampai abis, dan abah dah lama tido. tinggal aku sorg2. ha3. tapi seriously, citer tadi tu best gak~~ jangan bgtaw abah aku.. hu3


 Citer tuh camni.. (tgok, semangat uh sampai ak citer kat murning street. sbb citer die best sangat! ha3) tajuk dia aku x taw sebab tulisan tamil. Kisah husband and wife dan ada anak perempuan sorg. nama anak dia ishwarya. Kisah awal2 cam biasa. Husband and wife kerja. and the husband a bit workaholic sampai the wife curious yang suami dia curang. gaduh2, dan anak dorang lah yg selesaikan masalah laki bini nih. Ok, kehidupan jadi bahagia semula. sampai lah si suami dapat offer outstation kat amerika. naik pangkat lah kiranya. engineer kan. Masa si suami outstation tuh, si isteri terjumpa diari lama suaminya. Diari kisah hidup laki dia masa kat universiti dulu. Tup, tup dapat taw suami dia bercinta ngn sorg perempuan anak parlimen. Perempuan tu baik lah, sopan budak medik. laki dia ni lak dulu dak engineer tapi samseng kat univ. dan perempuan anak parlimen tu namanya ishwarya. Cinta punya cinta, dorang nak kawin lari tapi sempat ayah perempuan tu tangkap dan belasah laki tu dengan teruk dan ishwarya lak di antar ke australia sambung belajar kat sana. Lelaki tu agak menderita dan tulis kat diari dia yang kalu dapat hidup dengan ishwarya sehari je, dia akan rasa bahagia sampai 100 tahun. tamat sampai situ diari si suami....


 Si isteri lepas baca diari tu pun nanges2 lah. sama ada nanges sedih ngn kisah suami dia, or nanges jeles sbb sampai sekarang suami dia x pernah lupakan kekasih first dia. sampai namakan anak mereka macam nama first lover dia.. itu aku x taw la. yang pasti mata perempuan tu keluar air mata. 


 dan suami dia pun balik lah from outstation. Bila sampai rumah, dia pelik ngn sikap dingin bininya. sampai lah anak dia cam perasan situasi tersebut dan dia tanya kat mak dia. mak dia pun suruh dia tanya ayah dia sebesar mana ayah dia cintakan mak dia. si suami pun sedih la then dia bagi kat anak dia, diari baru yang dia tulis sepanjang kat amerika setelah 6 tahun dia berhenti menulis. Si isteri pun bacalah diari tu dan dalam tu, suami dia tulis yg dia cintakan isteri dia~ ha3.. adegan nanges2.


 Disebabkan si isteri sayang sangat kat suami dia, dia nak suami dia bahagia. Pastu, dia pergi cari first love suami dia. kebetulan dapat jumpa sbb perempuan tu balik india jenguk mak dia yg sakit. Si isteri pun bagi alamat rumah dorang dan suruh perempuan tu datang. Bila ishwarya tu datang rumah dorang, terkejut beruk la laki dia. perasaan bercampur baur. pastu isteri dia dengan tabah bagi diari lama lelaki tu balik dan cakap dia buat macam tu sebab dia nak suami dia bahagia. Dia nak hidup 100 tahun ngan suami dia dalam gembira, so dia bagi satu hari yang diminta oleh suami dia dalam diari tu bersama dengan first love dia. dan si isteri keluar dari rumah tu dgn anak mereka. 


 Bila tiba waktu malam, dia sedar tindakan dia salah. dia x sanggup nk bagi suami dia kat orang lain. Dengan pantasnya, dia balik semula ke rumah. (mudah mengalah perempuan neh.. ish3) sampai2, ada suami dia je. Dia tanya kat suami dia, mana ishwarya. tiba2 plak kapal terbang lalu kat awan pastu laki tu tunjuk 'tu'. maksudnya ishwarya dah balik aus. ha3. Pastu dia nanges lah, sbb dia ingatkan suami dia nak tinggalkan dia. Suami dia lak, nanges sbb kagum dgn isteri dia dan dia makin sayang lah kt bini dia. Mana ada isteri yang sanggup kongsi kasih sayang ngn perempuan lain tapi bini dia lak bagi suami dia kat perempuan lain. Pastu adegan nanges2 dan bahagia lah balik. ngek


 Pengajarannya:
1) Perempuan kena kerja doh. Sbb kalu tetibe laki buat hal nak bercerai ke, x de lah kita ni sedih menunggeng macam nk mampus. at least ada kerja leh sara hidup. lelaki sekarang mana leh caya.


2) Bagi nama anak dengan nama first love. Oke ke? ha3. Yang pasti, nama aku pun sebenarnya adalah nama first love abah aku.. tu yang aku nk gelak sangat tu. lepas taw tu, aku nampak ummi cam x kesah pun~ ummi aku ni sporting~ ha3.


3)  Prinsip aku, kalau orang suka, sukalah. kalau dah x suka, biarlah.aku x kan paksa. ego tinggi ho~ ha3


Ok, sori terlampau pnjg ak bercerita, selamat malam ;)