Followers

Saturday, February 27, 2010

Suka suki II

Salam,


 esok 27 februari.. ade ape ngn 27 februari? ade air soya.. yaaa anda salah.. 27 february adalah ari cuti sedunia.. aku isytiharkan cuti dengan mendapat mandat drpada orang kaya-kaya V5K.. esok x skolah.. esok x de meeting(kalu ada, ckp je ak balik sabah.. ho3) yg penting esok ak nak spend masa untuk diri aku ssendiri.. \[^_^]/
  
saat ni aku sedang..


hakikatnya aku sedang...

moral of the story ::> basuh kaki sebelum masuk rumah..

*******************************************************

Esok ak plan nak :

1)
 memandangkan next week adlah test week, so kenelah belajar kan.. kalo x belajar nanti kene byar balik duit petronas.. ak xnak bayar balik duit petronas, so, kenelah belajar sungguh2..  Ni jadual test ak :

1)Discrete Mathematics : 2 March 2010, 2-3pm Test room block N.
2)Academic Writing test1dan test2 : 5 March 2010, block N (pagi sampai petang)
3)Oil and Gas : dengar citer ari selasa ni, sama ngn DM.. tp x pasti ag.. hukhuk
4)Structured Programming : 11 March 2010, 8.30-11.00pm Test room, Block N.. 
5)Computer Organization : tarikh belom dikenalpasti..tp yg pasti next week.. hukhuk..

2)


Buat lah pape pun yg ak rase aku nak buat.. ho3..
a) tido dengan bersemangat 
b) bergurau senda dengan housemate.. 
c) tgok muvie??- abihkan citer doraemoon the muvie.
 (tggal separuh ag, aritu x sempat nk abiskan. byk keje dohh..
d) walaupapaun, perkara wajib mesti dilaksanakan..

Harapan aku agr menjadi insan yg berguna ^_^

********************************************************

Segala yg dirancang adalah bermula pada saat ini, so, saat ni, ak nk tido.. jam mengikut wilayah V5K dah menunjukkan kol 1.00am. hmm, agak awal jge lah ak tido drpada hari biasa.. jadi hari ni adalah hari luar biasa.. 

 
      -
selamat malam.




p/s: umi kata: kalo x nak sakit , pergilah rehat.. k, salam.

Thursday, February 25, 2010

Suka suki..

Salam
Kisa suh update blog, lagu latar, for the rest of my life.. hehe..


          Tadi saya pergi renungan ESQ kt Surau V2, alang2 meeting abis awal, so pergilah renungan tersebut.. Renungan ESQ khas untuk alumni2 ESQ. Saya alumni ESQ angkatan ke-3.. Korang dah join belom?? Join lah, berbaloi2.. huhu.. Alhamdulillah, diri ni kalau x dipaksa untuk ke majlis ilmu, sampai bila2 pun takkan pergi.. huhu.. Renungan tersebut disampaikan oleh ....( apa nama dia ek?? ) ntah la, x ingat dah nama dia. hmm, x pelah, x penting. Pengisian dalam majlis tersebut adalah untuk charge balik diri kita ni.. Ingat handset and laptob je yg main charge2 nih, diri kita pun rupanya kene charge jugak. Sebab kita ni manusia. Manusia dalam bahasa arab dari segi bahasa dasarnya ialah "nun, saa, yaa" yang bermaksud "lupa".. Jadi manusia ni memang pelupa.. Jadi, disinilah peranan sahabat, teman atau kawan itu untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati, agar kita tidak terus lagha.. Sweet nye ukhwah itu.. ^_^.  K, dalam pengisian tersebut, encik MC berkongsi tentang pengorbanan Rasulullah saw.. sampai saat baginda hendak menutup mata, menghembuskan nafas terakhir pun, kata2 yang bermain dibibir baginda saw ialah "Ummati, ummati" .. Siapa kita pada Muhammad saw?? Baginda tidak pernah berjumpa dengan kita. Usahkan jumpa, kenal pun x.. Namun Baginda masih mengingati kita, masih berfikir tentang nasib kita.. Kita?? Dalam sehari berapa kali kita ingat Rasulullah? berapa kali kita berselawat untuk baginda saw??? Astagfirullah al azim.. jangan lah kelak kita menjadi manusia yang hina di hadapan baginda saw.. Nauzubillahimin zalik.. (Peringatan khusus untuk diri ku sendiri ~_~) Teman, nasihatilah diriku...

     Penyampaian yg cukup nice.. Ada gaya pak Firdaus.. ho3.. K, dalam tengah2 khusyuk tu, tiba2 handset ku berbunyi~~, ( Kalo dalam kelas, selalu kene marah, sbb bunyi handset terlalu kuat ++ sy x silent kan, sbbnye, malas nk silent.. hehe.) Kacau mood betol la hp ni.. Pengirim : Abah Umi Cayang ( x jadik marah, umi mesej, hehe)

           "Assalamualaikum, InsyaAllah kalau kak Ros pergi ke kemaman bulan 3, boleh la abah dila pergi merisik sama orang tua c muni. .....bla,bla....."

(gambar hiasan, semoge hiasan menjadi kenyataan..^^v)

     Mesej forward nih.. drpada paklong.. Pak long ku di Sabah.. Bulan 3 ni, insyaAllah, makcik Yong (Mck Ros) datang ke semenanjung ngan family nya.. weee, bestnyer.. x sabar nak balik!! ++ insyaAllah, nak gi merisik kak muni untuk paklong. Akhirnya, paklong dah nekad nak kawen.. yea2.. hepinye  ^_~)v Abah jadi wakil sbb Sabah ngan Terengganu, jauh kowt.. ho3.. Kak Muni org ganu, hehe.. semoge selepas ni, status kak muni kt fb tu x sedih2 da,, hepi2 lak ye kak.. ho3.. dila penyokong kuat kak muni ^^)V
Semoga segala urusan berjalan dengan lancar.. ameen~ 

p/s: Ingatkan ada org nk merisik ak.. haha.. hehe.. blush2.. 
    

Friday, February 19, 2010

Promo2..

 Salam.


 Entry kali ni sy nk mempromo event2 kt UTP ni, x semua la.. sbb UTP ni mmg U event.. ho3.. masuk2 je, penuh poster+banner+bunting+etc, tp still sy nk promot kat sini.. sbb nye?? ntah, buhsan kowt.. haha.. wokkeh diantaranya :: 

1)
Nantikan kemunculan event kolaborasi terbesar di UTP-InFUD

Julung-julung kali diadakan..!!!

-INTERFAITH UNDERSTANDING DIALOGUE (InFUD)



MELIBATKAN KERJASAMA SEMUA PERTUBUHAN PELAJAR DAN HAMPIR SEMUA KELAB DI UTP.

DIJALANKAN PADA 1 MAC 2010. 8 MLM-11.30MLM

TAJUK: THE CONCEPT OF GOD ACCORDING TO MY RELIGIOUS SCRIPTURE

1 1/2 JAM UNTUK SESI SOAL JAWAB. 

EMPAT SPEAKER UTAMA: MUSLIM, KRISTIAN, BUDDIST DAN HINDU





DITAJA OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (MOHE)

KOMiTI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN MUSLIM DAN NON-MUSLIM.

DIADAKAN DLM BAHASA INGGERIS

Julung kalinya dibawa oleh:
Rakan Masjid UTP
Student Representative Council UTP
Residential College Support Unit
Rakan Muda UTP
Friends of IRC 
Sekretariat Rukun Negara UTP
SYNTECH Organisation UTP
UTP Medtech Club
Pencak Silat UTP
ICHEME UTP
Electric Electronics Engineering Student Society
UTP Teakwondo Team
English Language Club
Meche Club UTP
PSS Gayong Malaysia
INTERESTED..???


Contact Number
Hafizi-0134719155
Regina-0138081936
David-013595967


p/s: sgt best.. nak pergi sangat2.. tp esoknya ada test DIS MATH.. aiyya.. T_*.. Will try hard to go, InsyaAllah~

2)





Great news for UTPians! SIFEUTP is going to conduct a recruitment drive for 2010/11 session. Come on join us, there is so much to be learned and gained. You got nothing to lose but great experience! Do more for community and you gain more for yourself.

The details:
DATE: 19th FEBRUARY 2010 (FRIDAY)
TIME: 8.00 PM (please come early, the registration is only until 8.20 PM)
VENUE: LECTURE ROOM 7 & 8

*PRIORITY IS FOR STUDENTS BELOW 2ND YEAR 2ND SEMESTER* 

Tentative;
8.00 - 8.20 PM : Registration
8.30 - 11.00 PM : SIFE Workshop & Recruitment Drive

Acknowledgment;
Our team was awarded SIFE Rookie of the Year Award during the SIFE National Competition 2007, which was held on 14 and 15 July at Carlton Holiday Hotel, Shah Alam, Selangor. Despite being a newcomer in the competition, the team’s performance had impressed the judges and the team was also awarded the SIFE Spirit Award. Then we became the champion of SIFE Shell Competition 2008, and SIFE Spirit Award in SIFE National Competition 2008. Latest, we won another SIFE Spirit Award in SIFE National Competition 2009.

p/s: Come and join us.. Click here for more information about SIFE.. 

3)

Poster x naik ag.. sbb sy x g photostat ag.. he3..  btw, datang lah ye.. boleh register skang utk tiket.. tp event tu lambat ag, just nk promot awal, so, korg2, set masa dengan baek.. datang taw!! ^^)v

4)
Program ni under Technology Week 2010, organize by Syntech Organization, Computer Information System Department,UTP. Khas utk dak2 techno, foundation mahupun UG students that in time will be going for their internship and also making their final year project (FYP). Tarikh: 24 March 2010, Seminar room 7,Undercroft. For more information, leh contact ngn PR department (sy lah.. hehe).. Mai2, dak2 techno.. ilmu yg amat penting dan amat berguna buat kita ..

5) 



Futsal Muslimat (Heart 4 Islam campaign + HELWI) 19 february 2010, 9.00pm, at sport complex.

p/s: Yg ni sy baru abis join tadi.. Nama team :> 'Ayam Goreng'.. ho3.. haish, lapar la plak.. huhu..

6) 



Ye, jelajah UTP.. atau nama lama die campus Run.. esok la.. tp jge x leh join sbb ada Cocuu 'Caklempongg'kol 8am.. So, sy jenguk kut tingkap je lah.. selamat berjelajah kpd penjelajah sekalian ^^)v

p/s:Klik disini utk mengetahui aktiviti2 kempen H4I 2010 dengan lebih lanjut.. :)

7)



Nak join!! p x leh g jgk sbb poster kt bawah ni >>:

8) 



SIFE UTP akan buka booth time event ni, so, sy kene g sana bukak booth la.. ho3.. hmm, hancus harapan nk men chesszzzzzzzz...


P/S: Ok, pilihla yg mana korg nk masuk.. hmmm, rindu nyerrrrrrrrr kt my family.. rindu Abah, Ummi, adek2.. tiap2 hari kol pun, x sama dgn jumpa depan mata.. ^_T.. ada sesiapa tahu bila tarikh sebenar cuti midsem??? menahan rindu,, sebulan ag~

Monday, February 15, 2010

Islam is Cool ^_^



  Masa cuti bebaru ni, sy "terpergi" ke seminar ni.. "Dakwah Outreach for Beginners siri 2" by Bro Shah Kirit b kakulal Godvindji. Kenapa "terpergi"? Sebab, sy taw mende ni pun last minute, seorg sahabat yg promote. tengkiu ya sahabat. K, sedikit pengenalan sal bro ni, Bro Shah Kirit merupakan seorang muallaf, kirenye sekarang dah Islam. Dulu beragama hindu. Sudah 14 tahun beliau memeluk Islam. Beliau merupakan penceramah dari Islamic Information &Service Foundation, Saba Islamic Media Sdn Bhd. 

  Seminar tu berkisar tentang kisah keislaman beliau (punca beliau masuk islam dan cabaran2 yg dihadapi sebelum, semasa, dan selepas memeluk islam) kemudian bukti2 kebenaran islam dan perbandingan agama. Sy cukup tertarik dengan cara penyampaian beliau.. sangat2 best ah seminar ni!! Rasa cam baru mengenal apa itu Islam. Benarlah, tiada bahgia tanpa iman, benarlah tiada kebahagiaan tanpa ISLAM di jiwa.

  Betapa susah payah nya seorang muallaf nak masuk Islam.  Mereka diduga dgn seribu dugaan, sbb itu mereka lebih menghargai nikmat islam dan iman. Mereka terus mengkaji tentang Islam, mencari kebenaran meskipun org sekeliling memandang pelik hingga ada yg berkata, "mengapa sibuk2 pergi sana sini? ikut jelah seprtimana org islam modenisasi era ini, solat, puasa, mengaji.. cukup lah tu.. x yah lebih2.. ak islam dulu drpada si fulan, ak taw lah "

  Andai semua org islam keturunan semata2 ini berfikiran sebegitu, apa agaknya akan jadi ngan dunia ni ek???? islam akan dipandang hina, islam xkan berkembang dan kita akan dipersalahkan kerana menjadi penyebab kepada penghinaan islam, sedangkan baginda saw sanggup menanggung kesusahan hanya untuk mengembangkkan islam, kita pulak sedap2 hancurkan usaha baginda saw.. nauzubillah min zalik.. Bro Shah Kirit masa mula2 nk memeluk Islam, beliau diuji. Ayah dan mak beliau ugut, kalu bro shah murtad dari agama nya, bro shah akan melihat mayat mak dan ayah nya waktu itu juga dan bro shah yg bertanggungjawab akan kematian tersebut. Kalu kita berada dalam situasi tu, apa yg akan kita buat?? Cukup sukar nak buat keputusan, antara mak ayah dan Islam. Cakap memang senang, tapi praktikal nya, amat payah... Jawapan bro shah ketika itu ialah " Mak ayah, Tuhan yang memegang nyawa mak dan ayah, bukan shah. andai mak dan ayah meninggal saat ini juga, shah x bertanggungjawab, Tuhan yang bertanggungjawab. " Mujur Allah mengilhamkan bro shah jawapan itu dan diberi kekuatan. Andai saja imannya x mantap saat itu, mungkin tiadalah bro shah yg kita kenal skrang ni..

  

  Kekadang rasa amat rugi, rugi menjadi islam tapi x tahu apa itu islam. X rasa nikmatnya islam itu. Selama ini kita belajar agama kita, ikut-ikutan je. Kita tak menghayati, kita tak mengkaji. We just follow blindly without ever think about it. So, lets find about islam. lets learn about it, then you will feel the peace and harmony in our religion.. 

  Pernah x kita tertanya2, kalau tuhan itu satu, kenapa ada banyak agama??? If God is the only one, why must there are a lot of religion??? and are you really conviced that Islam is the truth religion?? If you ask christian, they also blame that their religion is truth. same goes to other religions. K, of course Allah is the only one, the only God, the only creator of the universe. God does not give us many religion but human being that change the religion. Human being that add flavours to the religion, by time to time, the shape of the religion change and thats why there a lot of religion todays.. but Allah only create Islam as the only religion. Kalu kita perasan kan, other religions are much more similar to Islam. All religion ask to practice good values, but we human being that changes it. Islam will never fade and never change, as Allah will preserve it.

  Rasa x puas bila seminar tu hanya 2 hari je, sbb banyak lagi ilmu yg belum saya tahu.. So, kawan2 ku, lepas ni, insyaAllah bro Shah akan buat lagi seminar tersebut kt UTP, jadi kalu ada kelapangan, datanglah ramai2 dapatkan ilmu dari beliau.. X rugi pun. tarikh dan tempat belum tahu lagi, tp insyaAllah, kalu dah konfem sy akan bgtaw,k. 

  
  p/s: kawan2 yg len sume balik umah, tinggal sy, rumet n housemate sorg... oh ye, bersama bibi juge.. bibi pengubat duka dan lara kami.. (cehh, bibi!!) Bibi ni sgt cumell.. hyperaktif dan kuat makan.. ho3.. penat melayan karenah bibi.. ^^)V

Sunday, February 14, 2010

Hansel and Gretel


 Hansel and Gretel are the young children of a poor woodcutter. They have an evil stepmother who convinces  the father to abandon the children in the woods as there is not enough food to feed the whole family ......................................................Bace sendiri ah yep huhu..............................................................




  Kenapa tetibe sy post entry ni??? ntah la.. tetibe lak teringat sal citer fairytale ni.. citer ni my faveret mase kecik2 lu .. ho3.. ++ teringat plak mase kecik2 dulu , ak penah ajak adik2 ku, farid n ardi masuk hutan kt depan umah, kononnya nak mengembara. macam citer hansel n gretel tu la.. manalah taw kan, kut2 nya ada rumah sweets kt hutan tu.. boleh makan freeee.. hihi.. (++ ak mmg suka mengembara.. hutan kt depan umah tu da brape kali ak masuk.. ho3++ak jadi comitee KEMBARA sufi,, hukhuk) Kemudian, dalam pengembaraan kami itu, semua bende ktorg observe dan ak as cikgu sains time tu, explain ah kat adik2 ak tu sal pokok2 n serangga kt situ.. (ntah betul ntah tidak fakta yg ak bgtaw dorg, rse3nye merapu je kut,hehe).. Kemudian, ak ternampak satu bende yg agak pelik dan cumell.. ak pun suruh la adik aku, ardi utk lempar batu kt bende tu sbb mmg pelik, n x penah ak tgok mende tu... and at the last, BUZZZZZzzzzzzzz.... adik aku, ardi pun menjerit... ADOIiiii.. apa lagi kami pun lari lintang pukang................................. ha, rupa2nya mende yg pelik dan cumell itu ialah sarang TEBUAN... 
hahuuu~~
  Alhamdulillah, syukur ak x kene sengat... tp opsss, adik2 ku kene sengat .. Ak amat bersimpati terhadap nasib mereka.. Farid mendapat 4 sengatan, manakala ardi mendapat 15 sengatan... hahuuu.... ak diam tanpa bicara.. sebenarnya takut ummi marah.. ye, memang kene marah pown.. Habis habisan ak kene marah.. T_T..
sebagai denda, ak kene jaga adik2 ku kt HOSPITAL BESAR KT. fuhh, simple je denda.. hoho.. Kt hospital, Aku dan ardi tersengih2.. mendengar leteran ummi.. manakala si farid yg berlagak macho(skrang ni) merengek, menangis cam bdak kecik.. (memg kecik pun time tu.. huhu). Apa yg ak nak bgtaw kt sini, jadilah macam ardi.. kebal, walaupun kene 15 sengatan , die masih aktif, panjat katil2 kt hospital tu, sampai doktor2 kt situ pun pelik bin hairan tgok bdak ni , cam x da pape yg berlaku.. ho3.. hebat x adik ak.. hehe..

  Aku jugak penah kena kurung kat luar rumah sebab main sampai x ingat dunia, maghrib baru balik rumah.. padahal ak main kt depan rumah tu jek, tempat biasa ak main kt hutan tu je.. x g mana2 pun. Seperti biasa, farid n ardi ah kawan ak bermain.. Ak da stat da ngn idea giler ak, nak masuk hutan tu balik,tp farid ngn ardi x nak ikut dah sbb dah gelap.. burung hantu da keluar mencari rezeki.. ++ ak pun serraammm.. hehe.. akhirnya.. hati ibu mana yg x tersentuh melihat muka "poyo" kami adik beradik.. so, dapatlah masuk umah.. yea3.. 

  Seronok betol masa kecik2 dulu.. sekarang dah besar x leh dah la camtu, nanti org kampung mula la anyam ketupat ++ ak ni perempuan.. ho3.. Citer Hansel n Gretel tu banyak betul pengaruhi ak mase kecik2 dulu.. Ak pun x taw la kenapa.. adoii, dah la sekarang ni pun bilik ak menghadap hutan.. mujur ak x "---" je hutan kt depan bilik ak ni.. huhu.. tp best sbb pagi2, bukak tingkap je, udara segarrr. ye, memang segarrr.. ^^V
buat ak x mengantuk.. tp (dalam bilik je la, dlm kelas ehemm2..). 

p/s: Rindu kt adik2 kt umah~~, Agak2 nya dorg rindu ak x ek?? ho3.. 


Saturday, February 6, 2010

Palestina tercinta


PALESTINA TERCINTA..

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu



  Alhamdulillah, praise to Allah for giving us chance to still breathe in His world.. Semalam sy menghadiri satu talk tentang Palestine sebagaimana yg tertera di bawah..,





“Heart For Islam” Campaign 2010
~Explore the Divine Beauty~
PALESTINETALK
Palestin, Tanggungjawab atau Simpati”
~Responsible or Charity~





Dewan Kuliah 1 (LH1)
Jumaat
9.30 pm
5 Februari 2010
Masuk Adalah Percuma

Pelancaran
Tabung Palestin
sepanjang kempen h4i 2010


dibawakan oleh:
h4i 2010
Aman Palestin
RAKAN MASJID UTP

 Alhamdullillah sangat2, sbb dapat g talk ni, bkan apanya, setiap kali UTP wat talk tntg Palestine ni, ade je kije  yg menarik sy dari pergi talk ni... terkilan gak sebenarnya, org muslim macam apa ak ni, x aware sal saudara2 ku di Palestine.. Semalam pun sebenarnya, sy ade kije gak, my cikgu silat suh g martial art night kt CH.. ++ dah janji aritu nk g, siap beli tiket ag (x taw plak ade talk pada masa yg sama).. but, mujur my cikgu silat memahami... n dapatlah pergi talk tu.. alhamdulillah..

  Semalam, penceramah berceramah berkisar tentang isu palestine.. Ada jugak info2 yg sy baru tahu semalam, padahal mende tu dah lama berlaku...contohnya isu tentang bagaimana israel laknatullah boleh memasuki Palestine.. (tu lah, silap diri sendir!! banyak sgt main2.. x aware sal isu2 saudara sendiri!!) Oleh itu, kawan2, jom sama2 perbaiki diri, muhasabah diri balik, ikhlaskan niat kita.. Di saat akhir ceramah tu, lagu Palestina tercinta dinyanyikan.. dan btol3 macam tersirap ke dalam ati..++ malu kat diri sendiri sbb apa usaha yg dah ak buat utk palestine tercinta!!?? sekadar menyanyi, x de maknanya.. Jadi, sahabat sahabiah sekalian, jom buat sesuatu utk Palestine!! Selamatkan saudara2 kita!! Antara cara2 yg boleh kita buat ialah :
1) Ambil berat tntang urusan Islam
2) Hulurkan Bantuan seperti bantuan kewangan ( Sempena kempen H4i n aman palestine, tabung2 aman Palestine akan diletakkan di kafe2 kt UTP ni, so, ape lagi, jom sumbang..
3)Boikot barangan Israel
4)Tingkatkan doa utk mereka..


gambar masa foundation 1st, masa ni masih lagi MAS..

 Syok giler kut, dapat buat demonstrasi besar2an boikot Yahudi.. masa ni terasa betol2 semangat , kalu boleh nk kuar UTP , nak g palestine berjihad kat sana.. punyalah semangat!! huhu.. satu lagi, antara kata2 yg ak ingat pada malam tu ialah :

 " Aku takkan takut dengan umat Islam, selagi mereka tidak solat subuh berjemaah sepertimana mereka mengerjakan solat jumaat.. "  -Ariel Sharon,Jeneral Yahudi-

 So, think about it. Adakah kita dah cukup bagus, berdiri di barisan hadapan masa demo,laungkan BOIKOT ISRAEL!!! ...........tp, solat subuh pun subuh gajah afrika.. huhu..
Sama2lah kita muhasabah diri balik, ikhlaskan niat..  

PALESTINE WILL BE FREE.. 
insyaAllah..ameen~

Wednesday, February 3, 2010

I'm Free ^_^




What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I'm so oppressed
But I don't need for you to liberate me

My head is not bare
And you can't see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You're sure I'm in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

So don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don't judge me
Open your eyes and see...
Why can't you just accept me?? she says
Why can't I just be me?? she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can't you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I've learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they'd understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don't you see?
That I'm truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I'm the one who's free

Free-Sami Yusuf

Penah dengar x lagu ni?? Sesapa yg mmg peminat Sami Yusuf, insyaAllah penah la dengar.. hoho.. Mase mula2 dengar, saya just mendengar je n x paham pape.. (sbb bhase omputih ni ak agak lambat sket utk paham).. n bila dah lama dengar+ tgok lirik die (he3)barulah paham.. best!! sgt best!! Cbe korg hayati lirik lagu tu.. Lagu ni mengingatkan sy pada kisah seseorang yg amat sy kenal, Khalilah Hanisah..

  Kisah ini bermula sewaktu nisa berusia 15 tahun.. di sebuah majlis perkahwinan kakak saudaranya.. Pada suatu petang, nisa seperti gadis lain yg suka menolong.( Maklumlah,majlis perkahwinan kak sedara.. kenelah tolong, kalu x mulalah org kampung menganyam ketupat.. haha). Ok, utk memendekkan cerita, sewaktu Nisa membuat bunga telur tu, pengantin perempuan ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Kak N, bertanya kpada Nisa.. 
Kak N  : Nisa, kenapa nisa pakai tudung dalam rumah?? Bkannya ade sesiapa pun, keluarga kita jgak..
Nisa    : (Nisa dgn muka yg agak blurr ) A'a?? Ooo.. Nisa mmg suka pakai tudung.. 
Kak N  : Ya Allah, nisa x panas ke?? Sepanjang hari pakai tudung, pakai baju lengan panjang.. ala, dgn abg A pun nk malu ke?? Anggap je abg A tu mcm abg nisa.. 
Nisa    : (Dalam hati nisa berkata : Haish, geramnya kakak nii!! dah nk kawen, tp bab2 aurat pun x taw ke??!!. amboi senang nye, nk maen anggap2 lak, ak mmg anggap abg A macam abg kandung ak, tp tu x bermakna ak boleh tunjuk segala2nya!!) argh,, ermm,, ntah la, nisa rase selesa lak pakai tudung.. xpanas pun kak.. sejuk je..
Kak N  : Atau, nisa takut, abah marah kalu nisa bkak tudung?? x pe, kak N x bgtaw abah pun.. Bukak jelah, rimas pulak Kak N tgok nisa pakai tudung..
Nisa    : Eh, x lah. buat ape nk takut dgn abah.. huhu..Nisa ok je,, x panas pun.. huhu..
Kak N  :ehhm, ikut suka nisa lah.. bla..bla..bla..

 Nisa sebenarnya tak tahu nak bagi jawapan ape, mase kak N cakap camtu.. seluruh rumah tu anggap nisa pelik, padahal dorg tu yg pelik.. Tapi nisa tetap x nak bkak tudung, sbb nisa rasa nisa mesti pakai tudung.. Kata2 abah sentiasa nisa ingat, "Nisa seorang perempuan dan seorang perempuan mesti tutup aurat, walau macam mana sekalipun, tapi ingat, tutp aurat bukan sebab abah, tetapi buatlah kerana Allah."

 Begitulah kisah Khalilah Hanisah.. Mungkin org sekeliling menganggap nisa ni pelik, memakai tudung dalam rumah (pabila bersama ajnabi), tapi kenapa rasa pelik?? Memang perkara ini sudah termaktub dalam alQuran,  tutp aurat adalah wajib.. kenapa mesti dipersoalkan lagi.. 

 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31)

  Ada jugak perempuan2 yg pakai tudung sebab mak ayah yg suruh, tapi setelah berjauhan dengan mak ayah mereka, contoh yg paling senang, bila da masuk IPT.. Ramai giler perempuan2 yg pakai tudung masa sekolah dulu, tapi da FREE.. (free jgak, tpi bkan cam lagu tu, tp FREE HAIR n free etc ah).. Hmm, siapa yg harus dipersalahkan ek?? Korang nak salahkan mak ayah? or diri sendiri? or orang sekeliling, sbb kononnya org sekeliling mendesak korang utk x tutup aurat?? Kita sepatutnya bersyukur, kerna kita x perlu bersusah payah utk mendapatkan hak bertudung.Kita bebas utk melindungi aurat kita,tp bagaimana pula dengan saudara2 kita, muslimah yg berjuang habis habisan hanya utk menututp aurat mereka, sebagaimana kisah Marwa el shirbani. pikir pikirkan la yea..

  I'm FREE.. yeah, i'm FREE!! What about you?? Sahabat2 perempuanku, korang x rasa BEBAS ke? BEBAS daripada fitnah, BEBAS daripada menjadi penyebab kepada fitnah, BEBAS dari gangguan golongan berhati jahat, BEBAS daripada penyakit, BEBAS daripada maksiat, BEBAS daripada menyusahkan orang lain (mendapat dosa kerana kita) dan yg paling penting ialah BEBAS daripada azab dan murka ALLAH... Hidayah adalah petunjuk dari Allah, ia adalah milikNYA.. Hidayah x kan muncul berdebukk dari langit camtu je.. Ia perlu dicari.. dan insyaAllah,semoga hati kita tidak terkunci daripada menerima kebenaran.. ameen ^_^)v
wallahualam~



p/s : pic budak kt atas tu ialah adik sy(sepupu) ye, bkannya pic from pakcik google.. namanya Ibnah Lathifah Auliyaa bt Fadhlullah Marzuki.. hoho.. comel giler budak ni..sweet ^_^ from indonesia.. ari ni sy hepi sgt, sbb dapat kenal dgn om Fadhel, pakcik sy la.. Baru nk kenal2 ngn keluarga di negara seberang.. huhu.. Skang sy tgh menunggu om fadhel n tante ashirah mengupload pictures2 family disana ++ abah pun x taw la bila nk balik malaysia nih.. Abah, cepatlah balik!! :)