Followers

Saturday, November 26, 2011

Pergedel Jagung

Salam
muzik latar: Kamen Rider 555






Bahan2:


- Jagung (4 biji dihiris halus)
- Bawang merah (4 biji)
- Lada putih (tumbuk halus)
- telur (2 biji)
- garam (secukup rasa)
- daun sup
- Tepung gandum


Cara masak:
1) Hiris jagung halus2 dengan pisau. Kalau x halus tumbuk ah. sbb abah cakap, kalau x halus nanti x sedap.
2) Tumbuk bawang merah dan lada putih. Kalau nak guna serbuk lada putih pun ok gak
3) Letak semuanya dalam acuan. Pecahkan telur 2 biji dan letak garam secukup rasa.
4) Hiris daun sup sehalus yang mungkin. dan kacau semuanya sehingga nampk comel
5) Letak tepung gandum sikit. jangan letak banyak2.. Secukup rasa je dan kacau lagi
6) Panaskan minyak dan gorenglah sampai masak.


Senang kan.. Resipi ni masakan orang bugis. Aku dapat resipi ni masa balik sulawesi tahun lepas. Sedapp. Ni juga fevret food abah aku.. begitu juga aku. hee ^^)v

lorong masak-masak

Salam,


 Atas kesedaran wanitaku, hari ni aku bukak satu lorong baru utk murning street~ lorong masak-masak.. hakhak.. sempena awal muharram ni, murning street pun nak berhijrah.. berhijrah menjadi seorang chef. erk, terpesona tgok master chef~ hehe.. walaupun aku x pandai sangat memasak macam ummi, tapi masih belum terlambat kan nak belajar.. ummi pun taw masak lepas kawin dgn abah.. abah aku pandai masak taw! enchanted


p/s: ptg nanti aku post my first recipe ;)

Wednesday, November 23, 2011

fresh murning

Salam,
muzik latar: denganNafasmu by Ungu 





 I wake up in the murning and realise that how fresh it was after a long beauty sleep.. thanks Allah.. huhu.. so, I guess this is why i'm a bit so emotional last week.. not had enough sleep. sorry for my emo and lets enjoy life to the fullest! fresh murning.. fresh angle.. fresh mind.. fresh life. :)

Tuesday, November 22, 2011

montage vs bola

Salam,


 Aiiiyyyy, sedih la ambe giniiii.T.T arghhhh.. 


 Hari ini merupakan hari CUF HSE DAY 2011. Baru sebentar tadi aku menghadiri majlis perasmiannya. Aku bukan ajk majlis. Hanya sekadar menggantikan tanggungjawab bai yang sepatutnya membuat montaj tetapi hilang entah kemana. jadinya, aku menjadi bidang terjun (OT x bergaji meskipun gaji asal x masuk2 lagi dan kini ku tidak berwang lagi). Ok, kita reversed masa menjadi seminggu yang lalu..


 Di suatu minggu yang lalu, aku telah diminta tolong oleh HSE department untuk membuat montaj. Oleh kerana, bos aku bersetuju menyerahkan aku sebentar ke HSE department, aku menurut lah arahan tersebut. dan juga oleh kerana, seminggu yang lepas aku terlibat dengan shooting video untuk expert interview dan mini K-day, malam2 ku habiskan dengan study after effect dan vegas (software untuk buat montage). wuhuhu, baru ku tahu, untuk membuat montage selama 5 minit sahaja itu mengambil masa #$%^&*. Hujung minggu baru aku start buat sekadar yang termampu bersama laptop yang berpenyakit ini. 


 Semalam, versi pertama montage siap. Lepas present depan manager HSE, beliau memutuskan untuk menambah tolakkan montage 3 minit menjadi 5 minit. Keputusan dibuat 5 minit sebelum waktu biasa aku balik kerja. amat bagos manager! pantas anda membuat keputusan. Jadi kesimpulannya, aku buat OT x bergaji. edit montage kat ofis sorang2 malam2. seram jugak ofis nih.. aku asyik dengar bunyi orang menaip, even aku sorang je kat situ.. huuuu..berfikir positif.


 Tapi sekali sekala manager datang jenguk aku dan sempatlah berbual masalah dunia sebentar.. sebentar je x lama, sebab semalam ada match bola sepak sukan asia malaysia vs indonesia. aku kegelisahan. antara bolasepak dan montage. walaubagaimanapun, harus fokus. hingga jam 11.30pm.


 Hari ini jam 9.00am..
Apa yang patut aku rasa apabila ajk mereka salah display montage versi pertama? aku cakap kat manager aku sedih. dia cakap balik kat aku, dia lagi sedih.. aku tak taw nak cakap apa dah. 


 Pengajarannya, kalu sekali dah ditugaskan buat sesuatu tugasan, kena pegang tugasan itu dari awal sampai ke akhir. kalu aku yang buat montage, aku jgk kena jaga ia sampai ia abis display. tapi aku bukan ajk.

p/s: mujur malaysia menang. tahniah harimau malaya.. 

Saturday, November 19, 2011

oh gaji pertamaku~

Salam
muzik latar: stereo heart by gymClassHeroes feat adamLevine




 Oh, hidup juga sukar tanpa gaji~ baru bulan pertama kerja namun gaji sampai sekarang tarak masuk2 lagi.. alamak, hidup sukar. laptob aku pulak mengalami alzheimer.. harus tambah otak lagi, kasi besar baru boleh lancar digestive sistem nya.. ahhhhh 


 Kak gee cakap salah aku sebab gaji masuk lambat... salah aku ke? aku rasa aku x bersalah... hukhuk.. sebenarnya, aku tersilap marah kt GM.. huhu.. mana aku taw dia GM.. apa taknya, masa lunch kat kantin, die menjerit panggil geng die, padahal geng die duduk tak sampai 15 cm pun depan die.. pastu menjerit plak tepat2 belakang aku.. naseb baik aku x da serangan jantung paling2 pun tercekik makanan je. memang silap ah jerit belakang aku! 


 Oh, GM adakah ini hukuman buat aku? sebelum aku marah buat kali ke 2, silalah dan cepatlah masukkan gaji aku.. T_T

Monday, November 14, 2011

internet, berbuat baiklah kepada saya

Salam,


  Hidup sukar tanpa internet... bagi orang macam saya. Oleh yang demikian, internet sila berbuat baik kepada saya sebelum kepala saya menjadi panas dan mulut saya mengeluarkan kata-kata yang tidak berapa baik..


  Intern life tidak sesenang lenang yang aku sangka.. terutama sekali pabila diri dijadikan seperti hak milik semua bos. belajar. pengalaman. yup.. memang banyak yang dipelajari dan banyak pengalaman yang ditimba. sampai kepala menjadi panas. hot. I need hot choc.

Tuesday, November 8, 2011

Raya Adha versi 20 tahun

Salam,


 Salam Aidiladha.Salam Raya Haji.Eid Mubarak.Selamat Berkorban. 1432H...
K lah, post tentang aidiladha aku sebelum ni --> 2009, 2010

 2 tahun beraya di perantauan.. akhernya, versi adha 20 tahun ni, aku beraya bersama keluarga~ keluarga aku gumbira. aku pun turut sama bergumbira. alhamdulillah, dapat duit raya! wouhaha.


 Raya tahun ni beraya kat marang. rumah mertua..... pakcik aku. haha. paklong and his wife datang from sabah. wife paklong org tganu kan, dan dia nak tinggal kat tganu kejap. katanya nak bersalin anak first kat tganu. huhu.. macam2 orang pregnant ni ek.. kalau camtu, in the future, aku pun nak bersalin anak first kat sabah lah~ no tolak ansur. nak jgk! hahaha (gedik). 

Wednesday, November 2, 2011

theSilentSmile

Salam,
muzik latar: Astronaut by simplePlan













 Memories always sneaks up out of the blue.. and i don't want to lose that memory :)

p/s: views at UTP.