Pemandangan di atas awan..Subhanallah,memang cantik ciptaan Allah.. terkagum.
Ini pengembaraan pertama kami, geng jolly..(err, stakat ni, tu lah namanya, sampai kami jumpa nama baru yg lebih sesuai.. hee) Yusairah, Fathiah, Farhana Bujairimi, Anis Farhana dan aku. Kami dah bertekad inshaAllah, nak travel satu dunia bersama walaupun dah kawen dan ada anak2 nanti.. our future husband, tolong paham ya sbb kami dah bertekad.hee.
Jadi untuk permulaanya, kami cuti2 malaysia dulu.. Kota Kinabalu, Sabah. Sabah, kota kelahiran ku.. of kos aku eksaited! Kebetulan, ak ada adik kat UMS dan paklong yg tinggal kat MRSM KK. Singgah bermalam satu mlm kat UMS untuk melepas kerinduanku terhadap adik terchenta~ haha. dan malam malam selebihnya kami tinggal di Tune Hotel Air Asia, sebelah 1 Borneo mall dan lebih kurang 5 minit je dari UMS.
9 Jan- Perdana Park
Apa yang menarik kat sini, ada 'musical dancing fountain' bermula jam 7pm-9.30pm dan masuk adalah percuma. Just enjoy the show.. :)
10 jan- Kinabalu Park, Rumah Terbalik
Gunung Kinabalu!
11 jan- Kundasang (Desa Cattle farm), Poring Hot Spring (Hotspring, Canopy Walkway)
aku dan lembuuuu
Sejuk+aku kena flu pulak hari tu.. haishh
Sampai jgk d kundasang.. best tempat ni.. sejuk.. rasa nk tinggal kat sini.. :) ok, nak masuk desa cattle farm, bayar rm3/person for student price.
This one is wajib makan kat sini! sedap amat. ayam bakar kat restoran al-hidayah..restoran ni sebelah stesen minyak shell kundasang. ^^
Poring hot spring. Ticket entrance rm3/person. Boleh guna ticket kinabalu parks kalau pergi pada hari yang sama. Ia agak open..so pandai2 lah nak mandi tu.. for muslim, aurat sila jaga ya.
Best! memang dah lama aku nak sgt naik titian gantung ni..alhamdulillah, dapat jgk. :). Bayaran masuk rm3/person.
Time to go back to KK.. and we already traveled for about 123km. Dinasihatkan pulang awal at least jam 4 dah start turun sbb kabus agak tebal di kawasan pergunungan. seriously, kabus tebal+hujan pada waktu petang+ dingin angin bayu..
12 jan- Island hopping (Manukan and Sapi island), Pasar Philiphine
Kalau nak jimat, boleh naik bas dari 1B ke terminal wawasan, rm1 dan dari terminal wawasan ke jesselton port hanya rm0.50. hehe
Island hopping time! kami pilih 2 pulau je. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Total cost untuk 2 pulau+snorkeling lebih kurang rm48/person, student price. Air jernih giler dan best untuk snorkeling. Ikan banyak giler dan berwarna warni tapi sayang coral banyak dah mati.. maybe kalau pergi tengah sikit boleh nampak coral cantik2.. tp kami x pandai berenang, so berenang setakat yg mampu je.. huhu.
Malam, jalan2+makan kat pasar philiphine..sebelah pasar philiphine ada pasar malam. kalau nak beli mutiara2, gelang etc boleh beli kat pasar malam sbb harga dia lagi murah dari pasar philiphine dan pandai2 lah korang tawar menawar.
13 jan- Monsopiad Cultural Village
menyumpit..berat ouhh
In Murut and Kadazan Dusun (Papar) costume
Ticket entrance RM 30/person, student price.. Kalu nak pakai costume tambah lagi rm 15. Here, it highlight more on kadazan and murut tradition and culture. Best!
Overall spending sepanjang 5 hari 4 malam di KK termasuk tiket flight dan hotel, lebih kurang rm 500. Berbaloi lah jgk sbb dpt pergi banyak tempat.
14 jan- bah, mau pulang sudah..huhu.. goodbye kk! till we meet again.. :)
No comments:
Post a Comment