Followers

Friday, October 30, 2009

::: Mahabbah:::



Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada seorang guru.Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang ' Kasih Sayang '.

Pelajar : Cikgu, macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih yang itu nak kekal?

Cikgu : Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Jalan terus sambil pandang rumput di hadapan kamu.Petik yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun.Sudah petik rumput tu, bawa ke kelas.

Bila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipetik?

Pelajar : Macam yang cikgu suruh, saya jalan terus ke hadapan sambil mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.Tapi, sampai di hujung padang itupun, saya masih tidak menjumpai rumput yang PALINGcantik.Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik. Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi.Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, bila kita sudah jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah lagi kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita sepatutnya menghargainya sebaik-baiknya.Janganlah menoleh ke belakang lagi kerana yang belaku tetap dah belaku.Dan ingatlah orang yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALINGbaik.Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tersebut...

No comments: