Followers

Sunday, December 19, 2010

I'm an Angel Food Cake

Salam,
muzik latar: Trials of life by Sami yusuf 


 What to say ha? nothing!!.. tp mengade2 nk update blog :p . nk lari daripada kenyataan... but my eyes x leh pejam even dah 2.40am.. huihui.. ape ak kesah, nilah masanye ak nk gne laptob to settle all the works before ak lari ag... nk lari!! eh, tanak.. nak terbang.. i want to fly..... serabuknye cerebrum! kepala kurang oksigen kowt..  err, why men suke maen game ha!? maen mende same plak tuh. tarak buhsan ke? bak jawpan from abah ak " game ni ada seni nya.. dan hanya org yg paham je dpt rasa keseniannya..." ceh, dila x paham! and tanak paham... ;P kesimpulannya, ak boleh bersama laptob ku ni pabila malam menjelma... eh, silap.. tengah malam... jek.


 Gatal nk men quiz2 lak.. hehe.. "What Kind of Cake are You?? "
and the result is.....

'I'm an Angel Food Cake'
Tadaaa!!! sedaap giler make up cake nih.. camne rasenye ek? pankreas ak dah lapaor nih....adeyh

With vanilla frosting, I guess. Well, whatever's on the simple cake, it always tastes good! You're down for whatever, and for some reason it works out pretty well for you. With a calm, carefree attitude you are friends with many people and go good with many others. Life to you is something that goes by quick, and if you go with the flow you'll be successful enough, especially when you try.

I'm an Angel Food Cake.[kalu di bhs 1Malaysiakan, jadi :Ak adalah Malaikat Makanan Kek @ Kek Makanan Malaikat @ Sudut Makanan Kek @ Kek Makanan Sudut.. ni apo nih? ak tarak paham lorh!]With vanilla frosting[frosting tu ape? ak x lulus ag bab masak2 kek nih.. hekhek I guess. Well, whatever's on the simple cake, it always tastes good! [sume kek ak rase sedaap..] You're down for whatever, and for some reason it works out pretty well for you. [ye ke? leh caye ke? asal sume yg ak wat, selalu x jadi jek.. hampeh tahap tera] With a calm, carefree attitude you are friends with many people and go good with many others. [oh, thanks!]Life to you is something that goes by quick, and if you go with the flow you'll be successful enough, especially when you try[ i like this part.. thanks!].

ok kanak2, sekian shj soal jawap quiz untuk malam ini...i want to fly!!! lalala..to recharge the oxygen tank in my head.. lalala~ 

Sunday, December 12, 2010

Kisah Cindai

Salam,

[video cannot upload because tenet prob.. arghhh]

 Tetibe jek nk dengar lagu nih.. asal ak beretnikkreatip lak ni? he3.. semalam ak tertengok citer idola kecik tv9 tuh.. duduk umah layan je lah cerite adik2 ak nih.. hinggalah sampai saat ak gelak tahap giga..

 Sorg peserta idola kecik tu, balqis junior skolah rendah ak.. Before die nyanyi lagu cindai, dia keluarkan statement, "Jangan Nyanyi Lagu CINDAI dalam Toilet!! .." ha3.. masih ade lagi mende ni kat skolah ak rupenye.. cerite nih sejak ak darjah 2 kowt sampai skang ade lagi?.. dah jadi cerita lagenda turun temurun la nampak gayanye.. ye dak?

 Rumour ni atau bahasa klasiknya 'kisah hantu cindai' ni agak popular jgk lah mase era kegemilangan lagu nih masa zaman2 dulu.. Kisah versi Sk Chukai pula adalah begini: Tersebut lah kisah, pada suatu hari ada seorang budak perempuan nyanyi lagu cindai dalam toilet. [beselah budak pompuan, mmg suke nyanyi2 nih, suara cam katak pun ape kesah. hentam je].."Cindai lah mana..." Kemudian, tetibe ada suara lain yg menjawab lagu tersebut.." Cindai di sini..." (suara nenek kebayan sambil tergelak2 dengan jahat.....sambung sket, sambil flush jamban. hikhik).. Budak perempuan tersebut pun berlari lintang pukang. Keesokan harinya, kisah ini pun bertebaran ke seluruh pelusuk skolah. huihui..

  Kesan sampingan drp kisah tersebut telah membuatkan budak2 perempuan sk chukai menjadi budak perempuan paling berhemah di dalam tandas.. hukhuk.. Jadi pengajaran daripada cerite ini ye adik2, jangan nyanyi lagu cindai sewaktu berada di dalam tandas.. nyanyi je lagu lain yg hantu x leh jawap.. sebagai contoh, lagu doraemon. hantu melayu x taw bahse jepun, so, adik2 akan selamat. ^^)v zzzzz.
sekian.

Sunday, November 28, 2010

award untuk Murning^^)v

Salam
muzik latar: Worry ends by my bro, sami yusuf ^^


Adapun dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh sebenar cuti bagi pejuang2 kemerdekaan IT V5k telah berlangsung..kepada pejuang2 kemerdekaan BIS, selamat berjhuang hingga ke titisan darah terakhir. jgn gusar dan tenanglah wahai pejuang2 sekalian. Cempaka akan sentiasa menyupport kalian sekalian. ;P



Baiklah, miss Murning^^)v telah mndapat award kecantikan from cik waniey iracy cinte la.. hehe..arigato miss iracy cinte.. ^^)v. oh ye, kene jawab soklan sket. soklan nye bertulis begini: 
7 things about me
-Guess what? yehha2~


1) Ye, anda tepat. aku seorang manusia
2) whoa, baguslah kalian... mmg betul ak manusia yang berkromosom XX.. alhamdulillah, XX sejati lagi berbudi.
3) Ak juga merupakan seorang anak, cucu, pelajar, kawan, kakak, anak saudara, sepupu, dan....... isteri?oh salah. belum jadi isteri lagi.. ehm, dan... ye ak juga seorng rumet yg baek 
4) Selain daripada itu, ak sekadar gemar bangun pagi. sbb name blog ak murning. ibu mertua sila kagum dgn saya dari jauh
5) Aku ada sebuah laptob berjenama compaq dan berazam untuk memiliki sebuah jam tangan 
6) Bilik ak sangat cantik dan hosmet2 ak slalu kagum dgn bilik ak.dan disebabkan itu juga, bilik ak menjadi tempat lepauk mrk~
7) Kesimpulannya, exam dah abis.marilah kita berbual-bual.


Sekian, terima kasih.

Monday, November 22, 2010

Hachiko

Salam,
muzik latar: Just the way u are by bruno mars




  Currently i heart to this muvie~ just a simple yet classic story of man and his ever loyal friend, Hachiko. Hachiko was damn cute!! u really inspired me hachi :) 
Kesimpulannya, your heart will melt and then the crying will start :P

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha bersama perantau tegar

Salam,
muzik latar: Hadapi dengan senyuman by dewa

  Arini dah raya weyh! Dak2 UTP wilayah toronto dah konpius tarikh2 kat bumi.. maklumlah raya makan paper exam. hoho.. Tgok ak, at least, walaupun buat2 sedih dipagi raya (mula2, x nak bangun tido sbb x taw nk buat apa?) main masak2 ngan geng perantau tegar, cik puan gayah dan datin aminah buang.

~ittadakimas^^~

 Menu pagi raya: omelette perantau+roti gardenia+coffe mocha
at least umi ak kurang la sket kesedihannya dengar ak makan la jgk something pagi raya nih.. hehe. 

 Kemudian, jalan2 raya cari lembunksembelih makan maklumlah, kami ni perut lawa bersama perantaus tegars+ cik ruzana+ cik anisfarhana+ incik farisaci+ incik syabab. Berakhir dgn kertas OOP. demm, OOP menghantui segenap penjuru pemikiran kami. 

 Menu malam raya: rendang ayam+ketupat+nasi+sambal ikan bilis+daging masak cili api(fevret ak ^^).. caye x ak masak?? ha3.. abah ak pun gelak kalu ckp ak masak lauk demikian. jadi kesimpulannya, of course la bukan ak yg masak..he3. ibu kpd Toh Puan Zalika Merican aka mekZulai yg masak..huhu.. kami menumpang masakan raya mak org je.. dah nama pun perantau tegar.. hukhuk. Sekalung terima kasih makcik~ perantau tegar terharu~


 Dengan ini saya dengan rendah diri ingin mengucapkan selamat hari raya korban@haji@Aidiladha kepada insan2 kesayangan, abah umi dan adik2 pemalas yg berada di terengganu, abah mak angkat dan adik2 yg berada di teluk intan,abah umi mertua yg berada di bumi(hukhuk), sanak saudara di sabah, sanak saudara di indonesia, kawan2 di tesmal, kawan2 di utp, geng perantau tegar dan seterusnya seluruh penduduk bumi. sayangi minggu peperiksaan~

Sunday, November 14, 2010

Lagu gedik mereka

Salam,

Di suatu malam yg hening, dikala budak kedah+perak+nilai v5kl4 yg len mengedik kat rumah negeri memasing.. tinggallah 3 org budak perantau yg mmg perantau sejati..


2) TyahFathiah  - Datin Aminah Bongek Buang

3) deylasweet - Cik Puan Seri Siah Cempaka Sari (errr, haha)
 

p/s: selamat mengedik!! MyEm0.Com

Sunday, November 7, 2010

Relief

Salam,



# Alhamdulillah, already submitted my project for OOP.

# My project, "Messi Airline Ticketing System" :) only Allah knows how relief was i after the presentation for that project. My partner, Thuy, viatnamese and is a final year student(nasihat ak kt korg, takyoh berpartner ngn dak final year sbb dorg busi n korg kene buat sorg2 T-T) but nvr mind la. already happen.. ha3

# Why the name of the project is Messi? ha3.. Sbb ak benci project nih. so, utk menanam cinta ak padanya ak ltak nama org yg ak suka. and it works! ngeh~ contohilah ak XP

# Only left with 2 test more and final exams 19,20,26&27 nov before going back to my home sweet home~ farid n ardi pun dah stat cuti. everybody at home now. only me here blurr2 with the time.

# So many plans to do after test. (actually, not so many.. ha3) alert me to make a passport otherwise my abah will blabbering me again n again. huhu..

# I'm not a loser unless i give up.So to final exams!, Ore, Sanjō! (here,I Come !)





Tuesday, November 2, 2010

Sketch 1

Salam,
muzik latar: Ingatlah Allah by new sakha



Time taken : 45 minutes
Date: 7.oopm Sunday, 31 Oct 2010
Notes: View in the evening at Tasik UTP

 Sepetang riadah bersama rumet n hosmet,nadia.. terima kasih kawan sbb teman ak g tasik untuk buang masa  merehatkan minda ak sbb mabuk darah. Agak jeles melihat korg jog sdgkan ak just duduk atas bangku lalu terhasillah sketch diatas. meskipun x cantek, at least ia mengisi kesunyian ku.. cewahh :P

 Ak jadi oku sekejap.. hehe.. kaki ak terluka sbb berlanggar ngan pintu rumah~ namun begitu, ak blajar sesuatu drp perkara tersebut iaitu ak dapat menerima hakikat sebab Allah bagi ak fail masa interview medic ke mesir. rupa2nya ak mabuk darah setelah melihat darah kaki ak mengalir x henti2. *_*)v. jadi, pengajaran yg dapat diambil drp cerita ini, sila bukak pintu rumah dan masuk ke dalam rumah anda dengan sopan dan santun.

 Tasik UTP mmg cantik. view yg ak lukis tu ialah view seorg budak perempuan yg bersiar2 bersama abah n uminya. part yg ak lukis tu masa umi dia memanggil anaknya sambil mendepakan tgn dan budak tersebut berlari2 dengan terhegeh2 manakala abahnya pula tersenyum melihat gelagat anaknya. hu3.part tu ak rase sgt sweet! 

 And yg buat ak touching tetibe bile dgr umi dia panggil anaknya, " dila!". perghh, sama dgn nama ak! patutla budak tu sengih2 je tgok ak.. ngeh~. dan ak rinduuu bangat sama family ak. lama sudah kita ndak keluar riadah sama2 kan abah, umi..

Thursday, October 28, 2010

kipas no 0~

Salam,
muzik latar: kipas no 0.

Kipas no 0~
Sori rumet .. rumet kpada rumetku amat sejuk,
sejuk macam kat iceberg
ala-ala citer titanic 
tapi kat luar x turun salji,
panas terik.. 

kipas no 0~
tuan ko suka makan,
tapi tuan ko x lalu nk makan ,
tuan ko rasa amat sedih 
sbb makanan yg lazat lagi sedap pun rasa tawar,
nak muntah.
jadi tuan ko sedapkan hati sendiri,
"boleh diet,x nak jadi debab."

kipas no 0~
ko patut rasa bersyukur
sbb tuan ko bagi ko rehat,
sementara tuan ko lagi sakit nih, rehat la puas2.
tapi jgn lama sangat,
sbb tuan ko nk final exam nih,
kesian tuan ko jawab test semalam macam nk mampus.

kipas no 0~
tuan ko dah mengarut banyak,
otak tuan ko dah berputar,,
 k,bye2~


Sunday, October 24, 2010

Programming Competition E-Genting 2010

Salam,
muzik: Speak now by taylor swift


  231010- First time i entered that such competiton. Programming beb. ha3~ never imagined i entered such competition as u all know my relationship with programming is such /[=,=]\.. K,the competiton is being held yesterday at wisma genting,KL from 10am-6pm. The questions are really though tahap selipar adidas maa~ there are 4 choices question and i just managed to answer 1.. haha. it's okay la as i'm not expect to win now..maybe later i'll try to do my best!! (the time will come if my relationship with programming success.. huk3. pray for me yea~) My table-mate: Alan and Trung.. wohho~ look so passion! and i'm the one who errr.. he3.hope u guys win the top prizes la.. don't forget to share with me yup.. ^,~)v


 Never mind la, as i got priceless experience there..I just realise that if i still continued to be like this.. i mean to just play2 and never taking programming seriously..i'll be a loser. Start thinking for my future~ 


My programming teacher, Mr Yew(that one who wear that '3' blue shirt.. He already won the first prizes 2 years ago~ 

Participants from UTP

P/s: Programming is Fun~? (just answer in your heart) ^,~)v

Monday, October 18, 2010

Sotsugyo Omedetou!!

Salam,

muzik latar: Pelita by A.P.I



  Sotsugyo Omedetou senpai2!!! ^^)v.. Ucapan ini ku tujukan ikhlas lagi bersemangat kpd insan2 yang berconvocation d utp pada hari ini terutama senior2 yg ak kenal je lah.. hehe.. 

1)Kak Rohaya aka kak aya (kakak smart grup ku mase foundtion)
   - rindu sgt kat kak aya!! rasa hepi giler dpt jumpa kak aya.
   - x terlambat kut utk sy ucapkan slmat bertunang buat kak aya. hehe.. x taw pun dah engage rupanya kakak ak sorg nih.. merajuk ah camni..huhu.. papepun, semoga berbahgia la kak aya. kalu x jemput sy ms kawen nanti, siap ah kak!! 

2)Kak Dhamina aka kak mina (kakak mantan masulah lsd)
   - Kak mina yg cumell, kiut miut.. ^^. hehe.. x sempat ag nk jumpa.. rindu kak mina jge. 

3)Khairul Anwar aka abg nuar (mantan masul lsd)
   - abg nuar yg selalu buat2 garang tp x jadi malah jadi blur sokmo.. haha.. selalu gaduh ngn kak mina.. ehem2.. hehe..guro je. pape pun, semoge berjaya dlm hidup ..amen.

Dan kebetulan mereka sume ni from terengganu.. ganu kite lah.. ha3.. pelik gok gane jadi sume ganu nih.. peteh ganu peteh!! ha3 ^^)v

ni pic yg ak amek tahun lepas.. hehe..

 Tahun lepas ak kerja jual bunga kat CH masa convocation nih bawah sife..tu yg leh snap pic tu.. seronok tgok dorg konvo, dlm hati:korg sume dah tue, ak mude ag.. hehe.. Konvo tahun ni kat utp cam meriah kut..ntahla.. huhu.. meriah kat convosquare la yg ak sempat g tgok nye. Tiap2 malam ak g. g pun semata2 nk makan~ lapor giler weyh, kafe2 kt utp mogok, sbb dak2 utp semua g convosquare. huahua.. abihtu, sape suh mogok awal2.. kitorg lapar, sbb tu g convsquare.erm, make sense la kut. hohho.. tahun ni artis yg dtg : zamani ngn hattan. before convo stat, ak asyik dgr mek zulai membebel, knapa x panggil artis yg hot2 dtg.. last2, mek tu jadi angau ngn zamani lak.. laptob tu x abis2 psg lagu2 zamani.. adeyh la.. umah ak pun dah jadi suasana romantiko plak dah..~  

 Tahun lepas, ak dah x ingat artis mane yg dtg. sbb mmg x sempat kut nk g convosquare tu. ak kerja stat kol 6.30am, balik kol 9pm. balik kerja penat, so, x g lah. huahua. tp best giler keje jual bunga.. thats my first job!! seronok2! tp tahun ni x dapat jual sbb dak2 konvo yg nk jual. 

 Knapa time konvo je, org slalu bagi bunga n bear ek? ak pun x pasti.x taw lah pulak camne sjarah nye bermula kan. Ada yg sampai sanggup beli bunga yg hidup tu yg harga RM200++. padahal bunga tu boleh hidup sehari je kut.. sampai rumah layu jgk. sometimes ak rase cam membazir.. tp sbb ak yg jual time tuh, xkan lah ak nk bagi bankrup jualan~ hohho. Ada satu bunga tu, paling cantik n paling mahal harga 200++ la. (ak dah x taw kat mne ak ltak gambar bunga tu, huhhu). bunga tu x de org nk beli pun.Naseb ko lah bunga, sape suh mahal sgt, x de org nk beli ko..haha.. last2, ade gok yg beli bunga tu.. sorg kakak ni, graduate ict beb. bangga ak jadi dak ict.. haha. dia da konvo da tahun sebelum tu, n dia dtg semata2 nk tengok tng die konvo.. tng die dak engine n baru nak konvo. best gok la borak ngn kakak tu. huhu.

 Then, part yg best nye, ak dapat ini:
    1)Belon Kamen rider 
Yg ni farhana musa blanje. actually die cabar ak bawak belon nih..sape suh cabar ak, huuh, stakat belon, malu apenye?so, jadi lah ia milik beta.. hohho~

comey x? comey kan. hehe~
kamen rider black versi pink is in relationship with hello kitty~

    2) Poster 3D lionel Messi
Pakcik penjual bagi free poster tu, sbb ak asyik duk tgok poster tu je.. ha3.. arigato pakcik^^)v


 Then kedua, seperti biasa, aktiviti tradisi setiap kali konvo : penerokaan MH oleh kanak2 ribenna~.. (kali ni ktorg dpt observe la tempat tu before dinner sbnr convo. tempat tu bese je, dorg hias dgn kain putih, pastu ade bnyak giler alat2 muzik kt ats stage tu. then, design banner same jek cam taun lepas. x tukar ke? huuhu) he3.. before this, kitorg kantoi sbb x beri salam, kali ni ktorg beri salam dulu taw sblum masuk, n alhamdulillah balik dgn selamat (tepat2 before pokguard dtg mengunci mph) huhhhu~


p/s: the end utk convo kali nih.. tengkiu la convofair commitees sbb bukak booth makanan yg sedap2 n mahal2. Ak da test DB lak esok. minggu yg busi dgn test2 n project oop yg x startbuatpunlagi siap2 nye sudah menjelma. so, henshin!! kepada diri ku yg busi balik.. sotsugyo omedetou ^,~)v

Thursday, October 7, 2010

Promo 3~

Salam,
muzik latar: Hold my hand : maher Zain


1) Maher Zain's schedule at Malaysia



2) Bengkel Dakwah Fardiyyah

located at UTP

Wednesday, October 6, 2010

down..down..down

Salam,
muzik latar: semua lagu2 sedih~


  Ni sesi utk meluahkan perasaan. Aku rasa macam x da masa depan pulak.. =_=.. ntah la.. Tadi companies luar datang UTP wat exhibition.. Exhibition tu sempena Career Placement Week (CPW) and geng ak Zulai is one of the commitee for that event.. cayalah zulai!! CPW ni khusus untuk students yg nak dapatkan placement for internship (for 3rd year student) and job (for final year). So, whats the matter? x yah pikir pun x pe. ak masih 1st year kut.. mude ag.. tp atas kesedaran awal, akhir tahun depan ak dah nk intern kut..hohho.. kisahnya bermula begini......... ak dan farhana musa attend one of the career talk given by INTEL corp. pada masa yg sama ada career talk Schlumberger. Schlumberger is my dream company (jgn bgtaw petronas, ak nk belot sekejap)~ sbb the sound of that company just like " selambe jek" so, bila kerja nanti buat selambe jek je lah.. best~
Tetapi bila dipikir2 balik, elok ak g talk intel sbb ade kaitan ngn komputer.. ak nanti kan kerja ngan komputer.. so, pegi je lah kat talk Intel dgn perasaan yang x da perasaan. 


  At the talk ak ngan farhana je dak 1st year ICT, yg len students final year Engineering. Mr. Kalai (nama penuh n jawatan die ak dah lupe lak) bagi briefing about the company and job vacancy yang ada. menarik jgk ah sket. tetibe ak rasa cam dah matang.. heee..tetapi.. bila tiba Q&A session, ak pun bertanya la "Is there any job vacancy for IT students at intel ?" jwapan yg dia bagi: less because intel seeks more towards Electrical Eng students.. Senang kata dak 2 engine je lah companies2  banyak target. dak2 IT/IS selalu dipinggirkan.. cis,kecewa beb. Ak pun jadi x da motivasi diri.. down..down.. grrrrr..


  Tetapi, Mr Kalai tahu kut ak cam muka x puas hati, so dia sambung jawapan dia tu : Don't worry.. please do not restrict yourself. Don't think that what u take now, is what you'll be for the whole your life. You can be what u want to be as long as u try hard to achieve it. and bla bla..


Tup..tup..ak sedar satu perkara.. sebenarnya ak nak jadi apa ek? apa sebenarnya yg ak nak?minat pun dah x da.what the reason i study for? ak nak achieve ape pun ak x taw. aku dah x da cita2 la..take this course pun dengan perasaan yang x da perasaan. Ak cume taw satu mende je. x nak kecewakan abah n umi.. but what should i do?? /(=_=)\




p/s: cgpa sem lepas teruk maa.. abah ckp,ak dah kecewakan abah. ak teruk.

Wednesday, September 22, 2010

Baca Al-Quran itu best

Salam,

1. Ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.

2. Ketika membaca al-Qur'an, Allah akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.

3. Bacaan al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak bisa dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.

4. Orang yang membaca al-Qur'an akan senantiasa ingat Allah dan kembali kepada-Nya.

5. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.

6. Ayat-ayat Alloh akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, karena ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.

7. Orang yang paham al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.

8. Orang yang membaca al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan, dan mengambil manfaat darinya.

9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan pikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.

10. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan, di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa pesimis. Karena diri mereka selalu dipompa dengan siraman ayat-ayat-Nya yang lembut.

11. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah karena ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya 'tersandung dosa dan maksiat.'

12. Orang yang membaca dan menjaga al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah.
Ayat-ayat al-Qur'an mengajak pembacanya untuk senantiasa berpikir, merenung dan beramal sebanyak-banyaknya.

Dan masih banyak manfaat-manfaat lainnya yang terus update dengan kondisi kehidupan kita...Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu belajar dan meningkatkan diri untuk lebih dekat lagi dengan al-Qur'an...Amiin


p/s: dipetik drp sebuah artikel.

Monday, September 20, 2010

ikhlas drp kakak kpd adik2+pakcik

Salam,


Ini pesanan drp seorg kakak yg sweet kpada adik2 nya yang bakal menempuh peperiksaan awam malaysia.. (UPSR,PMR,SPM)
Tahun ini merupakan tahun yang pelik sbb anak2 abah n ummi ada 4 org yg sedang bertungkus lumus, memerah otak, berperang dgn perasaan bagi menempuh peperiksaan awam malaysia tersebut. 

UPSR (esok stat, bulan 9)
Mohd Fadhli Amirullah(kanan) n Mohd Fadhlan Aminullah(kiri)
atau name glamer Ali n Alan
~SK Chukai~
PMR (bulan 10)
Mohd Farid Abdillah @ ayed
~MRSM Muadzam Shah~
SPM (bulan 11)
Farah Dillah Safna @ aya
~SMK Bkt.Mentok~
+
pakcik ak :Mohd Nashrullah bin Andi Ahmad
yg berada d smk kuhara, tawau sabah.

Wahai adikadikku+pakcik muda,
lihatlah kakak+anak buah mu yang sweet ini ^^)v~ ngeh, k, serious mood.
belajar kamu semua rajin2 ya
sekejap jak tu.. ndak lama pun ba.. pejam celik abis sudah exam.. he3
banyakkan berdoa, solat hajat,bangun tahajjud, jaga makanan, tidor awal, main petang2, tgok bola malam2(uitnaa, yg ini jgn ko buwat, kenak marah sama abah nanti, buwat lepas exam sak ya. ^^)
ala, buwat jak macam yg aq slalu buwat dulu2 kala tu.. hee~
ok, itu sak lah, kalau dah berjaya jgn lupa kakakmu+anak buahmu ini.. hadiah share2 ah.. heee~



19th

Salam
muzik latar: PadaMu ku Bersujud, Afgan


I'm going older.. older?? no. maybe just grow up.. hehe.. still sweet 19.. Alhamdulillah, praise be to Allah.. Here, i would like to say thanks to all that wish my bufday in any ways, fb, gtalk, SMS, gg, emel and calling through phone..also lovely presents from my rumet n frenz.It is always pleasant to get the wishes from you guys.. ^^)v
and the most surprised me is getting call from my beloved abah n ummi.. in the early of day(maybe to wake me up.. heee~) the first thing that abah said to me ,"happy bufday dila!" waah, abah speaking doh.. ha3.. i feel really happy when hear it out from my abah mouth.. as my abah is not a person that "senang nk bg ucapan kat org" cause my abah is "pemalu kowt".. he3.. 
hmm, as i grow up, i wish that i can always enjoy every single thing that i do..
^^)v

Friday, September 3, 2010

~ Gaun Merah jambu ~

Salam,
muzik latar: Balik kampung^^-Sudirman 


Tersebut lah kisah seorg puteri yg bernama Puteri Deyla ~~,

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5

Page 6

Page 7

Page 8

Page 9

Page 10

Page 11

Page 12

Page 13

Page 14

Page 15

Page 16

~TAMAT~

p/s: 
1) Just a 'waiting for bukak pose' story.. hehe..  kerana membaca amalan mulia~
2) ak bernaseb baek sbb baju raya ak kali bukan warna merah jambu. fuhh, selamat. papepun, x sabar nak balek, nk tgok baju raya yg umi tempah utk ak.. hoorey~~,

Tuesday, August 31, 2010

RECMO IX.. best

Salam,


muzik latar: desa tercinta by nora

anak dara redang punggor.. haha~~

  First of all, murning^^)v.. hehe, pada 26-29 August 2010 yg lepas, ak join program RECMO. RECMO stands for resedential college mesra outreach kali ke 8.. bertempat di Kg Redang Punggor, Teluk Intan. Ia macam program anak angkat ala-ala homestay la. Alhamdulillah, event ni brjlan dgn lancar. ak jadi komiti department SPONSOR.. hoho.. x sangka ak. yelah, kalu dulu ak mmg 1st skali x nak sgt masuk SOR ni, sbb yelah, susah kut nk cari duit. buat muka x malu, mintak duit ngn org.. haha.. tp seriously ia satu pengalaman yg x dpt ak lupekan. Pagi2, pergi mencapap kat kt blok rcsu v5 or blok jpsp, calling2 company, kena speaking2, berebut ngn dak2 evnt lain, hujung minggu ade field trip, naik kereta baru pm.. hahha.. sape kata x tensyen? tensyen gak eh, sbb 2 event ak brjalan pada masa yg sama. RD and RECMO.. RD deal ngn laptob ksayngan, RECMO deal ngn manusia yg ntah pape.. hooho..

  
SPONSOR hot.. tyah(SV SOR), zulai, mas, meichen(Asstnt SOR), nape, herman(head plg hot .. haha).. 

rumet ak jadi SV lorh, so nak x nak kene wat keje!! n x de peluang nk kutuk2 hicom.. huahua~~

 Pada hari kejadian, ak telah dijaga oleh mak Ros, abah(luper lak nama abah, hehe), adik 3 org( ati, mai dan azwa), ada sorg kak long tp kak long kt kelantan so, x sempat jumpa and partner angkat ak, sharon Lee. 

bersama mak ^^

 Masa otw ke rumah mak, mak dah buat ak kecut perut. Mak dan abah kata, rumah dorg kalu nk mandi guna air perigi.. ak cool jak, p dlm ati cuak eh.. camne nk mandi guna air perigi? nak ambil air dari perigi pun ak x pandai.. huu.. namun, itu semua gurauan mak dan abah semata-mata.. fuuh, lega.. hoho.
 Banyak ah yg ak belajar sepanjg duk kt umah mak. Mak ni rajin giler. Lepas sahur, mak x tido pun, mak terus buat kuih untuk jual kat bazaar ramadhan nanti. mak buat kuih karipap dan kuih keria. ak pun sempat gak ah blaja cara nk buat kuih.. hehe.. Kalu bulan x puasa pun, mak akan bangun jam 4 pagi buat kuih untuk berniaga. Mak juga ambil upah buat baju kurung.. ak sempat blaja buat jahitan sembat kt leher baju kurung. mak kata ak dh lulus dah nk kawen.. ops,hahaha.. Bila ak tanya, kenapa mak buat banyak giler kerja dlm satu masa.?. mak jawab, nak bantu abah cari duit.. sweet giler mak nih.. huhu.. abah kerja kt hospital sbg staff. hujung minggu lak abah g ladang kelapa sawit. Sebenarnya, adik ati menghidap penyakit sakit jantung berlubang sejak kecil lagi, so, memerlukan duit yg banyak untuk tanggung perbelanjaan perubatan ati. sedih giler ak rase.Amat besar ujian Allah kpd keluarga mak dan abah. tapi kan , family nih selalu je ceria.. abah amat rapat ngan kitorg semua.. selalu gurau2.. macam x da masalah walaupun sbnarnya sedih giler. mereka ajar ak utk sentiasa appreciate life dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan kita sekarang.~~ "Walau susah macam mana pun hidup kita ni Ros,pasti ada jalan keluarnya, yang penting jangan sombong dan jangan derhaka dgn orang tua". Itu pesanan mak yg paling ak ingat. ~~

K, pengalaman paling best seumur hidup ak :
 1) First time ak drive motor. Pinjam motor kapcai abah, g keliling kampung.. hohho.. best giler nek motor.. special terima kasih ku ucapkan kat sharon sbb ajar ak nek motor.. (walaupun, hampir2 eksiden, sbb die suh ak tekan brek, ak p tekan minyak.. hehe..sy budak baru blajar la sharon, sori maa~~

 2) Kait kelapa sawit.. namun, tetap x berjaya jatuhkan, sbb galah tu lagi berat drp ak, so, org len tolong.. huuua~

 3) Dapat mak dan abah angkat. segan sbnarnya, sbb ak x biasa ngan org len melainkan abah dan ummi ak sendiri. tp, mak dan abah angkat ak pun best! sporting giler. ^^

  Selebihnya, tgok gambar2 je lah.. malas dah pulak ak nak menaip.. huuuhu..

hero2 redang punggor (alif, fahmi dan xingatlaknamadie. huhu)

hero remaja redang punggor..

suasana di ladang.. tunggu turn mengait..

yea, ini bukan buah rambutan

buat lemang.. tp ak x merasa sket pun lemang tersebut.. x aci guh korg nih..

bosan menuggu lemang, ak join dak2 ni melihat ketam+belut+ikan kecik2..

alang2 dah tgok, join p tangkap skali..adik fahmi n adik alif yg ajak. haha.. abis ak kene lumpur.. 


naik traktor, nak pegi kolam ternakan ikan plak..

ni lah kolam ikan2 tersebut.. cantik je view nye

keesokan hari, program bersama budak2 redang punggor. seronok dak2 ni tiup belon.. haha

macam sardin..

lukisan adik razif.. comey3..

comey2 budak2 kt sini.. ^^ adik razif yg pakai speck tuh..

Kumpulan KUDA!!! kumpulan paling comey.. haha

kumpulan ape pun ak x taw ah..

makcik2 pun nak men gak.. hehe

adik boboy aka ajman afiq. adik grup ak.. sgt kiut miut~~

adik fahmi ^^.. ensem giler dak ni.. besar nanti mesti jadi ensem.. haha

pic ni ak baru letak.. hehe.. sori korg, ak buat cincai je, sbb time ak siapkan pic ni kipas ak no 0~

K la, dah banyak pic yg ak upload kt sini.. hoohho.. selebihnya tgok kt fb ak jelah..Balik dari recmo je penuh gosiipp2..adeyh.. gg recmo lak aktif menggiler slpas event.. haha.. bak kata pm, jgn ngumpat2, kurangkan kontroversi.. 
papaun, recmo best!!.. haha.. terima kasih kpda semua komiti, facee, hicom, yang mnjayakan program nih.. korang semua mmg best n sempoi2.. thumbs up ^^)v
k, chow dulu, mahu study maa, esok da test Operating System dan Database System. doakan ak!!

p/s: selamat hari merdeka~~,