Followers

Sunday, October 16, 2011

saya sebagai pelajar internship.

Salam,
muzik latar: Wish You were Here by AvrilLavigne


 Sudah 1 minggu aku menjalani latihan industri atau bahasa UTPnya, 'internship'. Sudah masuk minggu ke 2 pun sebenarnya.. haha


 Aku menjalani latihan industri di sebuah syarikat minyak. eh, bukan. syarikat gas. syarikat kimia pun boleh jugak. mungkin juga ketiga-tiganya sekali. baik lah, aku cakap betul-betul. Centralised Utility Facilities (CUF), Petronas Gas Bhd. Itu tempat aku sekarang di KIPC dalam CMD department. CMD itu nama panjangnya ialah Change Management Department. Ada 5 orang dalam department aku. Seorang manager iaitu bos merangkap supervisor aku. Panggil saja lah namanya bos. 4 orang staff. Kak Azlina, Kak Wani, Bai atau nama glamornya SAM dan nama sebenarnya shahrul. dan seorang lagi, sahar. (2 kakak dan 3 pakcik). 5 watak ini. berbeza perangai, berbeza pemikiran, berbeza waktu makan tengah hari (yang ini aku tidak paham), namun bergabung dalam 1 matlamat iaitu Change Make Difference! Yah, begitulah pentingnya department CMD dalam organisasi petronas. huh


 Banyak yang ingin aku kongsikan lagi. Tapi esok kerja. Harus tidur awal. Untuk bangun awal dan tidur dalam pejabat.

No comments: